PETALING JAYA:Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin hari ini memperkenalkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030).
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, hala tuju baharu itu dapat memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera berlandaskan inti pati Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).
"Penubuhan MKB ini adalah untuk memfokus dan menyelesaikan isu-isu serta cabaran semasa agenda Bumiputera bagi mewujudkan ekosistem di mana Bumiputera mempunyai peluang yang saksama dalam bidang ekonomi.
"Dalam merealisasikan objektif tersebut, melalui TPB2030 pihak TERAJU telah mengenal pasti enam bidang keutamaan iaitu penyampaian perkhidmatan, modal insan, pemilikan kekayaan, keusahawanan, ekuiti korporat dan tanah rizab Melayu/Waqaf/Adat," katanya.
Selain itu jelas Mohd Redzuan, terdapat tujuh Key Economic Growth Activities (KEGA) iaitu sektor-sektor ekonomi bernilai tinggi seperti kewangan Islam, ekonomi digital, logistik, pengangkutan dan kelestarian mobiliti, pelancongan, pertanian dan komoditi, halal dan makanan serta pembuatan.
Manakala, bidang-bidang keutamaan dan sektor-sektor ekonomi bernilai tinggi dikenal pasti untuk mencapai enam sasaran tersebut menjelang tahun 2030.
"Enam sasaran dikenal pasti untuk dicapai menjelang tahun 2030 iaitu pendapatan isi rumah penengah sebanyak RM18,403; gaji/upah penengah sebanyak RM5,169 serta aset kewangan per kapita sebanyak RM4,496.
"Sasaran berikutnya termasuk sumbangan Gross Operating Surplus (GOS) Bumiputera Enterprise kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2030 iaitu sebanyak RM680 billion; penglibatan Bumiputera dalam pekerjaan mahir (inter) sebanyak 3.2 juta pekerjaan dan; pemilikan kediaman oleh Bumiputera (intra) sebanyak 5.9 juta unit," kata Menteri Tugas-Tugas Khas itu.
Dalam pada itu, jelasnya mesyuarat juga memperakukan penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera dan dua jawatankuasa turut diwujudkan iaitu Jawatankuasa Pemandu Majlis Kemakmuran Bumiputera (JPMKB) yang akan dipengerusikannya serta Jawatankuasa Majlis Kemakmuran Bumiputera yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera di Petaling Jaya pada Selasa.
Fareez Azman
Tue Jan 26 2021

Mohd Redzuan berkata TPB 2030 dijangka memperkasakan pembangunan sosioekonomi Bumiputera. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.