SEPANG: Tourism Malaysia yakin sasaran lebih lima juta pelancong dari China tahun ini dapat dicapai dengan disokong oleh kekerapan penerbangan ke negara ini.
Ketua Pengarahnya P. Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari negara Tembok Besar itu.
"Kami positif dapat lebih lima juta (pelancong dari China) kerana kekerapan penerbangan yang ada sekarang lebih daripada 247 penerbangan seminggu dan berdasarkan kapasiti tempat duduk yang ada sekarang hampir 4.9 jutan dari China ke Kuala Lumpur.
"... banyak lagi kekerapan penerbangan akan bertambah dan laluan baharu juga. Jadi, kita positif akan menerima lebih lima juta pelancong dari China tahun ini," katanya kepada media selepas majlis mengalu-alukan laluan antarabangsa baharu Sichuan Airlines dan China Southern Airlines ke Kuala Lumpur di sini malam tadi.
Pesawat Sichuan Airlines dari Chengdu dan China Southern Airlines dari Shenzhen mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 masing-masing pada 10 malam dan 12.30 tengah malam tadi.
Manoharan berkata selain Kuala Lumpur, syarikat-syarikat penerbangan dari China juga menunjukkan minat untuk mengadakan penerbangan terus ke bandar-bandar utama di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Kuching.
"Sichuan Airlines telah buat rancangan untuk mengadakan penerbangan (dari China) ke Kuching. Ada banyak dalam perancangan.
"Kami mengalu-alukan syarikat-syarikat penerbangan dari China untuk mengadakan penerbangan terus ke Kuala Lumpur, di samping penerbangan sewa khas.
"Ini juga adalah selari dengan matlamat kementerian untuk memperbanyakkan lagi penerbangan terus sempena Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.
Beliau berkata Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pengusaha pelancongan di Malaysia dan China untuk menambah kekerapan penerbangan ke negara ini.
Terdahulu, media melaporkan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan jumlah ketibaan kira-kira 27.3 juta pelancong pada tahun ini dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM102.7 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Manoharan (dua, kanan) bergambar bersama para penumpang penerbangan Sichuan Airlines sejurus tiba di KLIA Terminal 1 dari Chengdu, China hari ini. --fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.

Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.