Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berdepan dengan krisis keyakinan dan kredibiliti.
Ia merupakan pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua yang berkata beberapa insiden berlaku baru-baru ini tidak melambangkan pasukan keselamatan berkenaan.
Beliau berkata apatah lagi dengan insiden rompakan kumpulan bersenjata ke atas 70 pelanggan Restoran Sin Mei di Taman Tayton View Sabtu lalu.
Keberanian perompak ini melihatkan Malaysia kini berdepan situasi jenayah serius. Kita tidak berbincang tentang rompakan bersenjata kepada mangsa yang berjalan pada waktu malam.
"Kini kita menyaksikan rompakan bersenjata ini dilakukan terang-terangan kepada orang ramai di restoran. Hasilnya, polis kini berdepan dengan krisis kredibiliti dan keyakinan pada hari ini," jelas beliau dalam kenyataan medianya.
Pua berkata ianya membimbangkan kerana lima laporan polis dibuat tentang kes-kes seperti itu dalam dua minggu kebelakangan ini di Lembah Klang.
"Peningkatan kadar jenayah menunjukkan polis gagal melaksanakan tugas utamanya iaitu memastikan masyarakat tidak risau berdepan menjadi manga jenayah atau rompakan," jelas beliau.
Pua menambah kes itu semakin buruk apabila bilangan mereka yang mati dalam tahanan bertambah dengan terbaru lelaki Jepun dijumpai mati di lokap Balai Polis USJ.
"Ringkasnya, ia menunjukkan tiada peningkatan sejak cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja pada 2008.
"Jika Barisan Nasional (BN) bercita-cita untuk mendapatkan sokongan semula penduduk bandar pada pilihan raya umum yang akan datang, mereka perlu menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi mencegah kes berkenaan berulang.
Rompakan pada Sabtu lalu, lapan perompak bersenjatakan parang berjaya melarikan RM24,000 dan telefon bimbit selepas merompak pelanggan yang datang ke restoran itu.
Kira-kira 70 pelanggan berada di restoran berkenaan pada jam 4 pagi.
Pastikan anda tidak terlepas berita terkini. Muat turun aplikasi percuma AstroAWANI di App Store dan Google Play.
T K Letchumy Tamboo
Tue Jun 11 2013

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Program Bank Makanan bantu keluarga pendapatan bawah RM1,500 - Maria Chin
Program itu dibuat ekoran kajian ke atas komuniti terbabit mendapati 80 peratus kanak-kanak antara tujuh bulan dan 18 tahun, kurang berat badan serta tidak mempunyai perkembangan baik.

Tony Pua: PDRM berdepan krisis keyakinan dan kredibiliti
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berdepan dengan krisis keyakinan dan kredibiliti.