Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee hari ini menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar perintah Ketua Pengarah (KP) Imigresen yang melarangnya ke luar negara.
Pua, yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP menfailkan permohonan itu melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini, serta menamakan KP Imigresen dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Dalam permohonan itu, Pua selaku pemohon, menuntut deklarasi bahawa perintah KP Imigresen yang menghalangnya ke luar negara pada 22 Julai 2015, adalah bertentangan dengan undang-undang, oleh itu ia tidak sah dan batal.
Ketika itu, beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk ke Yogyakarta, Indonesia dan pasportnya akan tamat tempoh pada 23 April 2020.
Beliau juga memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan perintah itu, ganti rugi khas, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pua mendakwa perintah dan keputusan itu adalah ultra vires kuasa responden-responden dan arbitrari kerana beliau tidak diberikan notis atau diberikan peluang berhubung perintah larangan itu.
Beliau juga mendakwa keputusan itu adalah tidak munasabah, tidak adil dan mala fide kepadanya.
Peguamnya Gobind Singh Deo memberitahu media bahawa Pua telah menghantar surat pada 24 Julai memohon penjelasan berhubung perintah itu kepada KP Imigresen tetapi tiada jawapan diberikan.
Bernama
Wed Aug 19 2015
Pua (gambar) menuntut deklarasi bahawa perintah KP Imigresen yang menghalangnya ke luar negara pada 22 Julai 2015, adalah bertentangan dengan undang-undang, oleh itu ia tidak sah dan batal.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Gobind akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, mainkan peranan penting dalam kepimpinan negara - Loke
Meskipun gagal memperoleh jawatan dalam pemilihan parti DAP Selangor 2024-2027 semalam, Gobind Singh Deo akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, kata Setiausaha Agung parti Anthony Loke.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Malaysia minat jalin kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center - Gobind
Malaysia intai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center yang membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
Malaysia perkukuh kerjasama dengan EU bagi pembangunan bandar pintar
Gobind berkata melalui pelbagai inisiatif kerajaan, sasaran untuk mencapai 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dapat dicapai.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Lebih banyak pusat data akan ditubuhkan di Johor - Gobind
Beliau berkata Johor kini menjadi tumpuan utama global, berikutan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara
Gobind berkata persidangan ini menggariskan lima bidang transformasi utama iaitu Data Trust, Next-Gen Computing, Computer Vision, Metaverse, dan Digital Twins.