Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat Malaysia supaya sentiasa menyuburkan semangat perpaduan dengan menonjolkan persamaan dan meraikan kepelbagaian yang ada.
Beliau turut mengajak rakyat bersama-sama memacu pembangunan negara berbekalkan perpaduan yang sedia terjalin selama ini.
"Bersamalah kita membina negara ini dengan sikap berlapang dada atas nama perpaduan, mengambil yang jernih dan meninggalkan segala kekeruhan," katanya dalam Perutusan Perdana Menteri Sempena Maulidur Rasul 1436 Hijrah yang dimuat naik di laman web www.najibrazak.com pada Jumaat.
Dalam meninggikan syiar Islam di Malaysia, Najib berkata umat Islam perlu menjadikan perjuangan memperteguhkan iman dan syariat Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW sebagai agenda utama dalam kehidupan seharian.
Di peringkat kerajaan, Najib berkata komitmen itu dibuktikan dengan pembangunan Indeks Syariah yang akan menjadi pengukur komitmen kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang berlandaskan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.
"Inisiatif ini diharap menjadikan tadbir urus kerajaan lebih menghampiri amalan dan sunnah Rasulullah SAW dalam usaha kita mengisi tuntutan bagi menghidupkan syariat Islam itu sendiri.
"Natijahnya akan lahirlah negara dan masyarakatnya yang seimbang serta cemerlang dalam aspek kemajuan, penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang pada masa sama berakhlak mulia dan berjati diri unggul sebagai warga negara Malaysia," kata Najib.
Beliau juga berharap usaha mengaplikasikan Islam dalam pentadbiran negara dapat membangunkan Malaysia yang lebih makmur dan diberkati.
"Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini terus membangkitkan keghairahan dan mengupayakan kita untuk mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah Baginda, agar berjaya di dunia dan di akhirat," katanya.
Dalam pada itu, perdana menteri turut mengajak rakyat Malaysia menghiasi diri dengan sifat sabar dan reda khususnya dalam menghadapi banjir yang agak luar biasa.
Beliau berharap usaha yang dilakukan kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa yang terjejas dengan musibah itu.
"Dan pada masa yang sama kita terus bersolat hajat dan berdoa agar negara kita sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT," kata Najib.
Bernama
Fri Jan 02 2015

NAJIB: Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini terus membangkitkan keghairahan dan mengupayakan kita untuk mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah Baginda (Nabi Muhammad S.A.W), agar berjaya di dunia dan di akhirat.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Ahmad Zahid hadiri Malam Kluang Berselawat
Program yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada Isnin lepas, dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah.

Umat Islam wajar terus jadikan Rasulullah sebagai 'Uswatun Hasanah' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai 'Uswatun Hasanah'.

Pihak berterusan manipulasi isu agama, perkauman tidak bertanggungjawab - Mohd Na'im
Katanya, perbuatan seumpama itu akan menyebabkan rakyat jadi mangsa keadaan kerana dihidangkan dengan berita yang memecahbelahkan silaturahim.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.

71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.

Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.

Tengku Mahkota Kelantan berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Tengku Muhammad Fakhry berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Ilmuwan Islam kepada Felo Akademik USIM Prof Emeritus Dr Abdul Samat Musa.

Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.

Umat Islam diajak hayati sambutan Maulidur Rasul, perbanyak selawat
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.