WALAUPUN sedang bertarung nyawa, ibu yang positif COVID-19 tetap fikirkan anak dalam kandungan dan minta pada doktor, “Tolong selamatkan bayi saya.”
Ternyata tiada yang lebih utama daripada anak yang dikandung berbanding nyawa sendiri. Di saat antara hidup dan mati, seorang ibu masih merayu agar anaknya diselamatkan.
“Tolong selamatkan bayi saya,” itu permintaan seorang pesakit COVID-19 kepada Dr Tan Boey Warn, pegawai perubatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Perubatan Anestesiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.
Kongsi Dr Tan, 33, sehingga ke saat ini, dirinya tidak dapat melupakan kata-kata pesakitnya itu yang diungkapkan sebelum ditidurkan atau diintubasi.
Biarpun sudah biasa mengendalikan prosedur itu, namun Dr Tan mengakui sebak melihat harapan pesakit terbabit yang mahu melihat bayinya selamat walaupun sedang bertarung nyawa.
Walaupun Bertarung Nyawa
“Pesakit itu sedang hamil anak kedua dan mengalami COVID-19 yang serius, malah dia sendiri meminta bantuan pernafasan kerana sudah tidak berupaya untuk bernafas dengan baik.
“Keadaan paru-parunya juga agak teruk dan cara pengendalian pesakit itu agak berbeza kerana keadaannya yang hamil.
“Jadi, saya perlu mengeluarkan bayi dalam kandungannya dahulu sebelum meniarapkan badannya untuk diintubasi,” katanya.
Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan
Sebelum menjalankan prosedur intubasi, Dr Tan berkata, dia perlu menenangkan pesakit dan tugas itu bermain dengan emosi.
“Jika pesakit itu Muslim, saya minta mereka berselawat dan membaca doa sebelum diintubasi.
“Begitu juga dengan pesakit yang menganut agama lain, saya akan beri semangat dan minta lakukan perkara sama (berdoa),” katanya yang mempunyai sembilan tahun pengalaman sebagai pegawai perubatan dengan enam tahun dalam bidang anestesiologi.
Semua Pihak Harus Memahami
Menyedari keresahan keluarga terhadap keadaan pesakit COVID-19, Dr Tan meminta semua pihak memahami dan menaruh keyakinan terhadap pegawai perubatan dan petugas kesihatan.
“Saya mohon pengertian masyarakat dengan kekangan serta kesibukan kami terutama yang bertugas di ICU.
“Keadaan dalam wad ICU COVID-19 sama sahaja, malah kami seperti angkasawan kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.
“Jadi, jika mereka tidak dapat menghubungi wad, bersangka baiklah kerana kita bukan enggan berkongsi perkembangan terkini tetapi ada kalanya tiada masa menjawab panggilan telefon,” katanya.
Mingguan Wanita: Lumrah seorang ibu, demi anak dia sanggup korbankan apa saja. Semoga semua pesakit COVID-19 di luar sana kuat berdepan dengan virus ini dan cepat sembuh.
Sumber : myMetro
Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
Mingguan Wanita
Sat Aug 07 2021
Dr Tan mengakui sebak melihat harapan pesakit terbabit yang mahu melihat bayinya selamat walaupun sedang bertarung nyawa. - Gambar hiasan
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.