KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersiap siaga bekerjasama dengan kerajaan, pelabur dan pemegang taruh utama untuk menyegerakan Peralihan Tenaga (ET) yang bertanggungjawab di samping menangani trilema tenaga, yang mencerminkan komitmen berterusannya meneraju inisiatif pembangunan mampan di Asean.
TNB dalam kenyataan pada Ahad berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Baharin Din dalam ucapan pada persidangan Enlit Asia 2023 baru-baru ini berkongsi cabaran penting dalam menyegerakan ET yang bertanggungjawab bagi mengimbangi trilema tenaga yang menyeimbangkan keterjaminan, kelestarian dan kebolehmampuan tenaga.
Baharin dalam ucapannya turut memberi penekanan kepada keperluan ET yang bertanggungjawab bagi menangani peningkatan permintaan elektrik dan TNB bersedia untuk memenuhinya sambil mengurangkan pelepasan karbon.
"Di rantau Asean, matlamatnya adalah untuk menyalurkan 3,000 GigaWatt (GW) tenaga bersih. Ketika ini, Asean telah memiliki 95GW bahan bakar termal dan 188GW tenaga boleh baharu (TBB). Menjelang 2050, rantau ini menyasarkan pencapaian lebih daripada 2,700GW TBB," katanya.
Menggariskan polisi, teknologi hijau dan pembiayaan sebagai pemboleh utama bagi kejayaan ET, Baharin berkata pelaburan besar diperlukan untuk mencapai matlamat sifar bersih Asean menjelang 2050.
Menurut kenyataan itu, Bahrain turut optimis berlakunya perubahan landskap berikutan kerajaan giat membuat dasar yang menyokong pertumbuhan perniagaan berkarbon rendah.
Kolaborasi serantau menerusi platform seperti HAPUA (Ketua Utiliti/Pihak Berkuasa Asean), SOME (Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga) dan AMEM (Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Tenaga) telah mempercepatkan proses menuju objektif tenaga mampan, katanya.
Baharin berkata Malaysia memainkan peranan penting dalam melaksanakan objektif kolektif ET di rantau ini yang menyaksikan negara sedang memperkasa infrastruktur penghantaran bagi mengukuhkan kerjasama serantau dan menyokong sambung tara sistem tenaga merentasi sempadan menerusi Grid Tenaga Asean.
"Pada masa ini, kami boleh menyokong tambahan 12GW melalui loji solar baharu dan penyimpanan bateri di titik nod tertentu dalam infrastruktur domestik kami, selain 4GW TBB sedia ada.
"Kami secara proaktif sedang mengenal pasti lebih banyak titik nod untuk mencapai matlamat nasional 70 peratus kapasiti TBB menjelang 2050 dan memenuhi permintaan tenaga negara jiran apabila diperlukan," katanya.
Menurut Baharin kerjasama strategik adalah kunci untuk mencapai matlamat ET Malaysia.
Sehubungan itu, beliau berkata sehingga kini, TNB telah menandatangani 29 Memorandum Persefahaman dengan organisasi tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang ET seperti taman solar, integrasi hidrogen dan ammonia dalam loji tenaga, sambung tara dan kenderaan elektrik.
"TNB percaya bahawa pendekatan secara kolaboratif dengan sokongan dasar, kemajuan teknologi dan pembiayaan yang mencukupi adalah penentu kejayaan ET di samping menangani trilema tenaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Baharin Din kerjasama strategik adalah kunci untuk mencapai matlamat ET Malaysia. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Unit MN Holdings raih kontrak bernilai RM58.20 juta daripada TNB
Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM58.2 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya kepada Malaysia.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.