Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.
Beliau berkata Revolusi Perindustrian Keempat telah menggugat model lama perniagaan, terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad.
Sambil memberikan contoh di China, beliau berkata seseorang itu boleh menggunakan telefon pintar untuk membeli apa sahaja dengan lebih mudah dan selesa sama ada di bazar atau secara dalam talian seperti Amazon.
"Inilah gaya hidup yang akan diamalkan di Malaysia pada masa depan. Inilah perubahan yang akan menimbulkan gangguan yang kita harus pastikan rakyat bersedia menghadapinya.
"Kita tidak boleh ubah masa depan tetapi kita boleh bantu rakyat untuk bersedia menghadapi masa depan," katanya dalam ucapan pembukaan Dialog Meja Bulat TN50 dengan para saintis Malaysia di sini hari ini.
Kira-kira 20 saintis dari pelbagai bidang menghadiri dialog meja bulat itu di Perdana Putra di sini. Turut hadir Presiden Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Asma Ismail dan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, lebih banyak peruncit berhadapan dengan kemungkinan menutup perniagaan mereka pada permulaan Revolusi Perindustrian Keempat.
"Dalam masa terdekat kemungkinan lebih ramai lagi akan terancam apabila lebih banyak yang membeli secara dalam talian. Ini telah meningkatkan perkongsian perniagaan peruncit biasa.
“Kita melihat tanda-tanda ini di banyak negara. Malaysia tidak terkecuali. Oleh itu kita perlu menyediakan rakyat kita. Ini yang sebenarnya kita perlu ambil perhatian,” katanya.
Najib berkata kerajaan komited dengan pendekatan dari bawah ke atas untuk predikat TN50 bagi memastikan arah masa depan dan visi negara mencerminkan aspirasi rakyat dan memberikan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat.
"Kerajaan memulakan penglibatan TN50 dengan golongan muda kerana ia milik mereka. Kemudian kami perluaskan penglibatan itu untuk meliputi semua segmen dalam masyarakat, termasuk masyarakat awam, ahli akademi, kakitangan awam dan ahli profesional.
“Saya berharap semua saintis yang hadir hari ini akan berkongsi pengetahuan, pengalaman, pandangan dan kebijaksanaan anda bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang kreatif dan inovatif,” katanya.
Najib turut menekankan akan pentingnya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi proses peralihan negara menjadi masyarakat yang berasaskan pengetahuan dan inovasi.
“Peranan inovasi kini lebih meluas...bagaimana untuk menangani STEM bagi meletakkannya di hadapan dan lebih popular dari segi penerimaan dalam sistem pendidikan,”katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi meja bulat Tranformasi Nasional 2050 (TN50) bersama para saintis di Bangunan Perdana Putra hari ini. -- fotoBERNAMA
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.