KUALA LUMPUR:Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakar sejarah apabila seorang pegawai kanan iaitu Kpt Rohana Jupri menjadi wanita pertama dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama semalam.
Rohana, 57, merupakan antara empat pegawai kanan dinaikkan pangkat dalam satu majlis disempurnakan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak di sini.
Mohd Reza berkata pemilihan Rohana membuktikan kemampuan serta kredibiliti wanita itu diiktiraf pengurusan tertinggi TLDM selain sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuannya selama 36 tahun berkhidmat.
“Sepanjang penubuhan TLDM sejak 86 tahun lepas, tidak ada seorang wanita pun pernah dinaikkan ke pangkat berkenaan dan ini merupakan satu pencapaian buat beliau.
“Beliau memegang jawatan Pengarah Kanan Materiel di markas TLDM dan juga Asisten Ketua Staf (AKS) J4 (Logistik) di Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) secara tidak langsung meletakkan dirinya berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipelopori lelaki," katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TLDM itu.
Rohana, ibu kepada empat anak berasal dari Tanjong Karang, Selangor mula menyertai TLDM pada 20 Dis 1984 ditauliah sebagai Lt Muda TLDM Cawangan Bekalan dan Urusetia pada 6 Dis 1986.
Kerjaya beliau sebagai seorang pegawai berkepakaran Bekalan dan Urusetia bermula pada 1988 dengan jawatan pertama sebagai Pegawai Kawalan Rumah Stor di Depot Besar Bekalan TLDM.
Rohana telah memegang beberapa jawatan penting antaranya Pegawai Memerintah KD Sultan Abdul Aziz Shah; Pegawai Staf 1 Hal Ehwal Wanita Angkatan Tentera Malaysia dan Pegawai Memerintah Depot Bantuan Barat.
Beliau turut bertanggungjawab terhadap keperluan perolehan aset-aset penting dalam menentukan Op Benteng dapat dilaksana dengan lebih efisien.
Sementara itu, Rohana berkata selama beliau berkhidmat dalam TLDM ini merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya.
"Saya harap ada ramai lagi calon wanita dapat ikut jejak langkah saya. Ruang sememangya tersedia buat wanita dalam TLDM ini untuk berkembang," katanya.
Antara pegawai kanan lain dinaikkan pangkat ialah Laksamana Pertama Datuk Affenddy Suhaimi ke pangkat Laksamana Muda yang memegang jawatan AKS Materiel.
Turut hadir dalam majlis pemakaian pangkat berkenaan ialah Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020

Rohana dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama dalam majlis yang disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany semalam. --fotoBERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

TLDM selamatkan kapal layar Meridian of Sydney di perairan Pulau Perak
Kapal itu dipercayai hanyut selama empat hari dengan seorang individu, warga Australia Kepten Kelvin Holly, berada di atasnya.

Kerajaan berpuas hati kemajuan pembinaan lima kapal LCS - Khaled Nordin
Kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, dengan kapal kedua diluncurkan pada Mei 2025.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024
TLDM melaksanakan 615 siri operasi melibatkan enam operasi secara berterusan dan tiga operasi berkala selain memastikan aset pasukan itu berada di KOM sepanjang 2024.

Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.

645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.

Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.

KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.

Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.

Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.