Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Beta dan Raja Permaisuri Agong merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah keizinan-Nya; kita semua dapat menyambut ulang tahun hari keputeraan rasmi beta bagi tahun 2022.
Beta dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas ucapan-ucapan tahniah dan doa yang telah disembahkan kepada beta.
Beta percaya; ingatan dan sokongan rakyat serta pelbagai pihak kepada beta; menjadi kekuatan untuk beta terus memayungi negara dengan adil dan saksama.
Rakyat Malaysia yang beta kasihi sekalian.
Beta bersyukur dengan landskap pandemik Covid-19 yang semakin pulih.
Sektor ekonomi dan kehidupan seharian rakyat beta juga telah menampakkan pemulihan bermula dari pembukaan semula sempadan negara pada 1 April 2022 yang lalu.
Beta juga berasa amat suka cita melihat rakyat beta dari berbilang bangsa dan agama menyambut kedatangan 1 Syawal dengan suasana yang penuh kemeriahan dan kegembiraan.
Sewajarnya kita semua melafazkan rasa syukur kerana telah berupaya kembali menikmati kehidupan seharian yang sebelum ini terjejas akibat pandemik.
Hakikatnya; ia bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah untuk mengemudi negara keluar dari kesan pandemik Covid-19.
Pada hemat beta; pengurusan negara dalam era pasca pandemik memerlukan suatu rencana yang bitara mencakupi pelbagai sektor dan aspek kehidupan.
Bagi menempuh gelora masa hadapan; kerajaan beta dan semua pihak tanpa mengira fahaman politik; hendaklah berusaha merencana pelan jangka panjang bagi membawa negara kembali ke persada kejayaan.
Pada masa yang sama; rakyat beta turut berperanan dalam mendokong usaha-usaha murni kerajaan di samping terus berusaha untuk mendepani sebarang cabaran.
Natijahnya; pemulihan negara memerlukan simbiosis yang erat antara kerajaan dan rakyat beta.
Perpaduan dan kebersamaan dalam sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang; adalah sebenarnya merupakan resipi dan kekuatan dalam membentuk aspirasi nasional.
Ia adalah merupakan tiang kemakmuran negara dan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan.
Pemulihan dan kebangkitan negara yang diimpikan tidak mungkin akan menjadi realiti jika kita berpecah-belah dan gagal untuk mewujudkan landskap kehidupan yang stabil.
Justeru; bersempena dengan sambutan rasmi ulang tahun keputeraan beta pada tahun ini; marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam sebuah kesepaduan yang erat ke arah membentuk Malaysia yang gemilang.
Rakyat Malaysia yang beta sanjungi sekalian.
Pada kesempatan ini; beta ingin mengajak pemimpin negara dan anggota perkhidmatan awam untuk terus berkhidmat setulus hati dalam menentukan sosio ekonomi rakyat beta terus dilindungi dan dibantu demi kelangsungan hidup mereka.
Beta turut ingin berpesan kepada rakyat yang beta kasihi; untuk berterusan menyokong usaha-usaha dan dasar kerajaan agar program yang digubal dapat dinikmati oleh semua.
Sebagai rakyat Malaysia; kita semua perlu berganding bahu dan menggalas tanggung-jawab masing-masing; ibarat kata pepatah “ke bukit sama didaki; ke lurah sama dituruni”.
Beta dan Raja Permaisuri Agong akan terus mendoakan agar semua usaha-usaha ini diberi keberkatan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan dipermudahkan dalam mencapai hasrat yang diidamkan.
Mengakhiri titah; beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan beta; anggota pentadbiran; penjawat awam dan anggota pasukan keselamatan yang menyumbang kepada kesejahteraan negara.
Beta dan Raja Permaisuri Agong turut merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian atlet-atlet negara dalam temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi baru-baru ini.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga rakyat Malaysia dan negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman dan makmur; serta sentiasa berada di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala; serta dijauhi daripada musibah dan bala bencana.
Sekian.
Wabillahi taufik wal hidayah...
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Astro Awani
Sun Jun 05 2022

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia dan ia disambut pada 6 Jun 2022 tahun ini.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Banduan bergelar doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, hari ini.

PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Agong zahir sukacita prestasi ekonomi, pedagangan negara bertambah baik
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan perasaan sukacita dengan keadaan ekonomi dan prestasi perdagangan negara yang bertambah baik dan menunjukkan peningkatan.

PM ucap tahniah sempena ulang tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar merafak sembah dan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

97 individu terima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Kesemua 97 individu itu telah melepasi tapisan PDRM, Jabatan Insolvensi Malaysia dan SPRM.

PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sultan Mizan Zainal Abidin kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Gelaran dan Darjah Kebesaran Bintang-Bintang serta Pingat kepada 111 individu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Negara di landasan tepat jayakan agenda pembangunan demi rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan.

Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.