SHAH ALAM: Seramai 97 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim menerusi kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, seorang individu menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) dan seorang lagi dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Kelas Kedua) (D.K. II).
Haris berkata seramai tiga individu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Seri' bagi wanita.
Beliau berkata dua individu pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Setia' bagi wanita.
Sebanyak sembilan individu menerima Darjah Kebesaran - Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi ahli lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.
"Sebanyak 13 individu lain menerima Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang turut membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita," katanya.
Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran - Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 15 penerima manakala 13 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).
Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Sultan Selangor berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada 15 penerima, Darjah Kebesaran Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) kepada 16 orang, Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor kepada dua orang dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) kepada tujuh individu.
Haris berkata kerajaan negeri menerima 2,762 pencalonan tahun ini dan daripada jumlah itu, 1,032 ialah pencalonan bagi Darjah dan Bintang Kebesaran manakala 1,730 pencalonan untuk Pingat-Pingat Negeri Selangor.
Kesemua 97 individu itu, katanya telah melepasi tapisan Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
![97 individu terima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor 97 individu terima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637902715_TBISTANASELANGOR.jpg)
Kerajaan negeri menerima 2,762 pencalonan tahun ini. - Foto Istana Selangor
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536183305_limguaneng.jpg)
Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP
DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) minggu depan bagi membincangkan pengurniaan darjah dan bintang kebesaran yang diterima anggota parti itu.
![Kurniaan ini rezeki saya dan anak - Siti Nurhaliza Kurniaan ini rezeki saya dan anak - Siti Nurhaliza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81508835449_tbDatukSiti.jpg)
"Kurniaan ini rezeki saya dan anak" - Siti Nurhaliza
Gelaran Datuk Seri ini merupakan rezeki buat Siti Nurhaliza dan bayi dalam kandungan.
![Dugaan anak istimewa, Ainaa Amanda di hari pertama persekolahan Dugaan anak istimewa, Ainaa Amanda di hari pertama persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41421119069_295x200.jpg)
Dugaan anak istimewa, Ainaa Amanda di hari pertama persekolahan
Sesi persekolahan tahun ini yang bermula pada Ahad dan semalam menggambarkan keseronokan murid darjah satu di seluruh negara.
![KDN siasat pertubuhan didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di Kedah KDN siasat pertubuhan didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/41415684786_295x200.jpg)
KDN siasat pertubuhan didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di Kedah
KDN akan jalankan siasatan lanjut terhadap persatuan berkenaan kerana menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan matlamat penubuhan.
![#TerimaKasihCikgu, luahan hati ibu pelajar darjah tiga yang ditampar guru #TerimaKasihCikgu, luahan hati ibu pelajar darjah tiga yang ditampar guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51360282309_295x200.jpg)
#TerimaKasihCikgu, luahan hati ibu pelajar darjah tiga yang ditampar guru
Guru diibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain. Itu ungkapan paling sesuai yang digunakan untuk menggambarkan pengorbanan guru sejak dahulu sehingga sekarang.