Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan penglibatan sebuah pertubuhan dalam penjualan pingat dan darjah kebesaran di Kedah.
Maklum balas tersebut merujuk kepada berita yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Harian Metro pada 10 November 2014.
Menurut KDN, daripada hasil semakan yang dibuat, pihaknya mendapati persatuan berkenaan iaitu, Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah yang beralamat 363-V, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 George Town, Pulau Pinang, telah diluluskan pendaftarannya pada 23 April 2013 di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966.
Matlamat penubuhan persatuan yang didaftarkan di Pulau Pinang itu antara lain adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan dalam kalangan ahli, membantu mempertingkatkan taraf sosioekonomi ahli-ahlinya, menganjurkan aktiviti bercorak kebudayaan bagi memelihara tradisi kebudayaan keturunannya dan juga menjaga kebajikan am ahli-ahli.
Dalam kenyataan media itu, KDN menyatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap persatuan berkenaan, kerana menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan matlamat penubuhannya.
Pihak KDN menambah, tindakan akan diambil di bawah Akta Pertubuhan 1966 terhadap persatuan tersebut serta pemegang-pemegang jawatannya jika terdapat bukti mencukupi untuk mengaitkan mereka dalam aktiviti tersebut.
INDIVIDU MENGAKU SULTAN KEDAH JUAL PANGKAT DATUK
Astro Awani
Tue Nov 11 2014
KDN akan menjalankan siasatan terhadap pertubuhan yang didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di negeri Kedah. - Foto fail
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
ASEAN Kita:Timor Leste | The road to full membership
Join our exclusive discussion on ASEAN Kita with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, as we explore Timor-Leste’s journey towards full ASEAN membership, the challenges ahead, and what this means for the region.
Addressing Klang Valley’s High-Rise Condo Woes
How can the industry work together to set new benchmarks and create lasting value for high-rise communities? This discussion delves into the ongoing challenges faced by high-rise condominium owners in Klang Valley, including issues related to construction quality, rising maintenance costs, and long-term property value retention.
Grasping the E-Commerce Opportunity in Southeast Asia
Malaysia poised to lead e-commerce growth in Southeast Asia with its strategic location and growing digital base. However, addressing logistics challenges key for Malaysia to seize its e-commerce moment. Insightful conversation with, the Founder and CEO of Blackbox Research, David Black as we explored the dynamic trajectory of Malaysia’s e-commerce landscape.
Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.
Ecuador umum tarif 27 peratus ke atas barangan Mexico
Pengenalan tarif ini dibuat bagi "memastikan layanan adil" daripada Mexcio kepada pengeluar Ecuador, kata Presiden Daniel Noboa.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP
DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) minggu depan bagi membincangkan pengurniaan darjah dan bintang kebesaran yang diterima anggota parti itu.
"Kurniaan ini rezeki saya dan anak" - Siti Nurhaliza
Gelaran Datuk Seri ini merupakan rezeki buat Siti Nurhaliza dan bayi dalam kandungan.
Dugaan anak istimewa, Ainaa Amanda di hari pertama persekolahan
Sesi persekolahan tahun ini yang bermula pada Ahad dan semalam menggambarkan keseronokan murid darjah satu di seluruh negara.
KDN siasat pertubuhan didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di Kedah
KDN akan jalankan siasatan lanjut terhadap persatuan berkenaan kerana menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan matlamat penubuhan.
#TerimaKasihCikgu, luahan hati ibu pelajar darjah tiga yang ditampar guru
Guru diibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain. Itu ungkapan paling sesuai yang digunakan untuk menggambarkan pengorbanan guru sejak dahulu sehingga sekarang.