SHAH ALAM: Malaysia berpotensi untuk menjadi hab serantau umrah jika jumlah penerbangan antarabangsa dapat ditingkatkan.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, penerbangan langsung antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu ditingkatkan terutamanya melibatkan bandar-bandar utama dari China dan Australia.
“Jumlah ketibaan penerbangan antarabangsa mesti banyak kerana apabila ramai yang singgah di negara kita, ia membantu Malaysia menjadi pusat atau hab.
“Bagaimanapun, kekerapan penerbangan itu mestilah bukan hanya pada musim umrah sahaja. Kita ambil contoh Dubai, seluruh dunia transit di situ untuk ke Madinah dan Jeddah.
“Sedangkan di negara kita hanya ada penerbangan daripada kumpulan China sahaja. Indonesia dan Filipina sudah mempunyai penerbangan terus ke Arab Saudi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Khairul Firdaus Akbar Khan melaporkan kerajaan sedang giat menjalin kerjasama dengan pemain industri untuk memperkukuh ekosistem mesra Muslim Malaysia sebagai usaha menjadikan negara sebagai hab umrah serantau.
Dalam pada itu, Razali turut mencadangkan kepada agensi pelancongan untuk meningkatkan dan menyerlahkan lagi promosi produk-produk negara serta lokasi menarik.
Jelasnya, restoran makanan halal juga perlu menyediakan kemudahan tempat duduk untuk kumpulan ramai yang memuatkan 500 hingga 1,000 orang dalam satu masa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 14 2024

Razali turut mencadangkan kepada agensi pelancongan untuk meningkatkan dan menyerlahkan lagi promosi produk-produk negara serta lokasi menarik. - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tingkat penerbangan antarabangsa capai hab serantau umrah
Penerbangan langsung antarabangsa ke KLIA perlu ditingkatkan terutamanya melibatkan bandar-bandar utama dari China dan Australia.

Kos tunai haji melalui syarikat swasta dijangka cecah RM50,000
Ini berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat meliputi penginapan, makanan dan pengangkutan yang perlu ditanggung jemaah.

Tiga agensi pelancongan bantah penangguhan umrah
Penangguhan tersebut berisiko memberi kesan yang besar termasuk kerugian kepada jemaah, ajen pelancongan dan ekonomi.

Program imunisasi percuma dijangka rancakkan industri pelancongan
Industri umrah dan haji yang turut terkesan akibat pandemik dapat bernafas kembali sekiranya sempadan negara dibuka.

Kerajaan diminta benarkan jemaah lakukan umrah bermula April
Permintaan tersebut dilakukan dengan mengambil kira bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tamat pada bulan ini.

Agensi umrah dinasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi
Langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit berikutan umat Islam di negara ini hanya perlu membayar RM573 (bayaran visa umrah dan muassasah), setahun.

e-Papuh bantu banteras penipuan pakej umrah
Persatuan Agensi Pelacongan Umrah dan Haji (Papuh) mengambil inisiatif membangunkan aplikasi e-papuh sebagai satu mekanisme membanteras penipuan jualan pakej umrah.