Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen perniagaan pasar raya dan peniaga di negeri itu yang gagal menyediakan beg biodegradasi atau beg kertas kepada pelanggan, berkuat kuasa 1 Jun ini.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata tindakan itu selaras dengan kempen 'Melaka Tanpa Beg Plastik' yang mula dikuatkuasakan 1 Jan tahun ini.
"Ada peniaga mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan pelaksanaan ini kerana mereka tidak memberi langsung alternatif lain bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barangan atau makanan yang dijual.
"Kita telah memberi tempoh sangat lama kepada peniaga kedai runcit mahupun pasar raya besar di negeri ini agar melaksanakan kempen itu, namun mereka masih gagal mematuhi dengan sebaiknya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyerahkan 'Giant Banner' dan 'Pelekat Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin' kepada semua pasar raya di negeri ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Datuk Kamarudin Md Shah.
Md Yunos berkata pemantauan lebih ketat akan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan di negeri ini iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Alor Gajah dalam memastikan peniaga menyediakan beg tersebut kepada pelanggan.
Selain itu, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka juga akan terlibat dalam penguatkuasaan berkenaan bagi memastikan beg yang digunakan adalah jenis biodegradasi mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
"Orang ramai yang berdepan dengan keengganan peniaga menyediakan beg biodegradasi atau beg kertas kepada mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan di negeri ini dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka," katanya.
Beliau berkata Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah mengenal pasti 13 pembekal produk biodegradasi di dalam dan luar Melaka yang berupaya membekalkan bekas makanan dan beg biodegradasi kepada peniaga di seluruh negeri itu.
Bernama
Tue May 31 2016

Orang ramai yang berdepan keengganan peniaga menyediakan beg biodegradasi atau beg kertas kepada mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan.

'Dak Nor' tidak akan sia-siakan kepercayaan, harapan keluarga untuk terus sihat
Dak Nor bertekad untuk tidak mensia-siakan kepercayaan dan harapan keluarga, rakan-rakan serta penduduk Duyong yang ingin melihatnya terus sihat.
Lori sedang ditunda terbalik di Pendang, lorong PLUS arah selatan terhalang
Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Pendang pada ahad, menyebabkan lorong di laluan berkenaan terhalang.
KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan.
Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan pelajar
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pelbagai langkah telah diambil bagi menjamin keselamatan murid di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Sungai Golok, di selatan Thailand pada Sabtu malam.
Pokok tumbang, khemah Bazar Ramadan ranap di Subang Jaya
Menerusi laman Facebook, akaun SJ Echo memaklumkan banyak pokok tumbang di SS14 menghalang jalan dan menimbulkan masalah lalu lintas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam tadi.

Saree Up to Strike: Kejohanan boling pertama bertemakan sari sempena Hari Wanita Antarabangsa
Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, butik PAAVAI Looms Empire menganjurkan kejohanan boling dengan menggabungkan elemen budaya dan pemerkasaan wanita.

Ketua Suruhanjaya AU desar penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.
AWANI Ringkas: Pemimpin, ahli UMNO yang tinggalkan parti diseru kembali
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tindakan tegas terhadap pasar raya, peniaga tidak sediakan beg biodegradasi
Tindakan itu selaras dengan kempen 'Melaka Tanpa Beg Plastik' yang mula dikuatkuasakan 1 Jan tahun ini.