Kerajaan perlu mempertimbangkan semula pengimportan bawang dari India ke Malaysia untuk dieksport semula ke negara jiran melalui sempadan Malaysia-Thailand, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau berkata ini kerana terdapat kemungkinan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjadikan kegiatan ini untuk berselindung di sebalik aktiviti haram kerana proses import dan eksport hanya dilakukan dari lori ke lori berdekatan Pos Imigresen Wang Kelian tanpa melibatkan urusan di gudang khas.
"Saya risau wujudnya kegiatan eksport bawang ini sebagai pelindung kepada aktiviti haram yang lain antaranya membawa keluar minyak bersubsidi paket satu kilogram, minyak petrol, senjata api dan dadah.
"Malah jika difikirkan secara logik, kenapa urusan eksport bawang tidak dibuat di gudang khas tetapi dipindahkan secara terus daripada satu lori ke lori yang lain tanpa melalui proses yang lebih sistematik," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau sekitar kawasan pemunggahan barang eksport di sini, pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri (KPDNKK) Perlis, Khairul Amin Talib.
Ketika tinjauan dibuat, lori yang berfungsi sebagai tempat pemindahan bawang secara terus langsung tidak kelihatan di kawasan itu.
Selain itu, Shahidan turut merayu agar kerajaan membuka semula laluan di zon pergerakan bebas di sini yang menyumbang kepada kehadiran pelancong ke Perlis saban tahun.
Beliau berkata pihaknya bercadang menempatkan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis sebagai pasukan rondaan sempadan di kawasan sempadan bagi membantu KPDNKK memperketat pengawasan dan pemantauan terhadap kegiatan penyeludupan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, Datuk Kamarudin Jaafar ketika dihubungi Bernama berkata operasi di kawasan pemunggahan di Wang Kelian hanya beroperasi pada Isnin hingga Jumaat.
Namun katanya, jika pengeksport ingin melakukan aktiviti pemunggahan barang eksport pada Sabtu, Ahad atau cuti umum, perkara itu perlu dimaklumkan kepada pihaknya secara bertulis.
"Permohonan untuk aktiviti pemunggahan wajib dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum kerja-kerja dilaksanakan untuk tujuan rekod pihak kami," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016
![Timbang semula eksport bawang dari India ke negara jiran - Shahidan Timbang semula eksport bawang dari India ke negara jiran - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440311898_Onions.jpg)
Sistem pengeksportan bawang dari India ke negara jiran dikhuatiri membuka peluang kepada kemungkinan aktiviti haram lain. - Gambar hiasan
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Kerajaan mahu perluas penanaman bawang di Sabah dan Sarawak Kerajaan mahu perluas penanaman bawang di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709457957_TBKURUP.jpg)
Kerajaan mahu perluas penanaman bawang di Sabah dan Sarawak
Bagaimanapun, kajian menyeluruh termasuk penilaian kesesuaian tanah perlu dilaksanakan pihak berwajib bagi memastikan projek berjalan lancar.
![Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706745684_PenanamanBawangMer.jpg)
Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian
Projek upskilling tanaman bawang dijalankan pada 24 Jan lepas di kawasan seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak.
![India larang eksport bawang India larang eksport bawang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702041680_bawangindia.jpg)
India larang eksport bawang
Kerajaan India memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac.
![India kenakan duti eksport baharu ke atas bawang India kenakan duti eksport baharu ke atas bawang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81440311898_Onions.jpg)
India kenakan duti eksport baharu ke atas bawang
Pengeksport bawang terbesar dunia, India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang berkuat kuasa serta-merta. Cukai tambahan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Dis.
![Doktor kongsi cara buat ubat batuk guna dua bahan sahaja Doktor kongsi cara buat ubat batuk guna dua bahan sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657934656_BawangFeatMadu.jpg)
Doktor kongsi cara buat ubat batuk guna dua bahan sahaja
Yang menariknya petua ini boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak-anak jadinya.
![Harga cili, bawang merah kembali stabil - Rosol Harga cili, bawang merah kembali stabil - Rosol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/41553986307_chillicilicabai.jpg)
Harga cili, bawang merah kembali stabil - Rosol
Susulan kemasukan bekalan barangan tersebut dari India dan Pakistan, yang sebelum ini terhenti seketika akibat banjir.
![Harga cili merah mula turun - Nanta Harga cili merah mula turun - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611381690_KPDNHEP.jpg)
Harga cili merah mula turun - Nanta
Sebagai contoh, harga purata cili merah kulai pada Disember 2020 adalah RM23 sekilogram (kg), namun minggu ini turun sebanyak 17 peratus kepada RM19 per kg.
![Pengguna disaran guna bawang negara lain - KPDNHEP Pengguna disaran guna bawang negara lain - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41606864861_Onions.jpg)
Pengguna disaran guna bawang negara lain - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan pengguna supaya memilih bawang merah import dari negara lain susulan harga bawang dari India melonjak pada masa ini.
![CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41606864861_Onions.jpg)
CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah
CAP melakukan tinjauan sekitar pasar Pulau Pinang dan mendapati harga bawang merah import dari China, Holland dan Pakistan meningkat daripada RM4.00 kepada RM10.50 sekilogram.
![Malaysia import bawang dari pelbagai negara, elak gangguan bekalan Malaysia import bawang dari pelbagai negara, elak gangguan bekalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81440311898_Onions.jpg)
Malaysia import bawang dari pelbagai negara, elak gangguan bekalan
Bekalan bawang di Malaysia diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeksport terbesar iaitu India, Pakistan, China, Belanda dan Thailand.