BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya Persidangan Parlimen Belia Malaysia akan datang melibatkan sesi penggulungan daripada sekurang-kurangnya timbalan menteri.
Beliau berkata langkah itu dapat memastikan setiap perkara dibangkitkan pada sesi perbahasan mendapat maklum balas dan maklumat lengkap daripada kementerian berkaitan.
"Saya difahamkan yang akan menjawab atau menggulung nanti tidak terdiri daripada wakil daripada Kabinet atau timbalan menteri. Saya nak kita anggap Parlimen Belia ini penting.
"Saya ingin mencadangkan pada masa akan datang, kalau macam hari ini mereka bincang soal isu sekuriti makanan melibatkan Kementerian Pertanian (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan sebagainya, untuk menggulungnya saya harap akan datang sekurang-kurangnya timbalan menteri yang akan menggulung kerana maklumat lengkap tentang perkara dibangkitkan ada pada kementerian berkaitan.
"Isu seperti keselamatan dan sebagainya, Kementerian Dalam Negeri boleh hantar timbalan menteri untuk menjawab isu-isu dibangkitkan pada Persidangan Parlimen Belia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Parlimen Belia Malaysia Tahun 2022, di sini hari ini.
Ismail Sabri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Belia yang dilihat cukup berpengalaman dalam menyampaikan hujah semasa sesi perbahasan pada persidangan itu.
Persidangan itu yang berlangsung dari 14 hingga 16 Jun melibatkan seramai 90 perwakilan bagi membahaskan usul berkaitan pembangunan belia negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

Ismail Sabri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Belia yang dilihat cukup berpengalaman dalam menyampaikan hujah semasa sesi perbahasan pada persidangan itu. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Februari 2025.

Format baharu Parlimen Belia dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat
Format baharu Parlimen Belia kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk diluluskan.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Rombakan besar-besaran sistem pemilihan wakil Parlimen Belia - Johari
Semua itu dalam perancangan memandangkan Kementerian Belia dan Sukan kini bersetuju menyerahkan Parlimen Belia kepada Parlimen Malaysia.

Timbalan menteri dicadang gulung perbahasan Persidangan Parlimen Belia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya Persidangan Parlimen Belia Malaysia akan datang melibatkan sesi penggulungan daripada sekurang-kurangnya timbalan menteri.

Timbalan Menteri dicadang terlibat sesi penggulungan Parlimen Belia Malaysia - PM
Timbalan Menteri di kementerian-kementerian dicadangkan untuk melibatkan diri pada sesi penggulungan sidang Parlimen Belia Malaysia (PBM).

Politik wang, lompat parti: 'Akta bukan bunuh demokrasi, tapi selamatkan daripada manipulasi'
Kerajaan digesa meminda beberapa akta berkaitan politik wang bagi memberi kuasa lebih besar kepada penguatkuasa dalam melakukan pendakwaan.

Parlimen Belia: Anak muda tidak lagi memilih berada di belakang tabir
Penganjuran Parlimen digital memperlihatkan anak muda tidak lagi terus memilih untuk berada di belakang tabir sebaliknya sudah berani menyuarakan pendapat mereka.

Kerajaan BN adalah kerajaan untuk orang muda - Najib
Tanggungjawab sebagai pemimpin bukan hanya untuk bermain politik atau membuat dasar bersifat jangka panjang dan populis, sebaliknya merangka dasar yang dapat memenuhi impian orang muda.

Lebih ideal sekiranya sekolah satu aliran dapat diwujudkan - Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat sistem sekolah satu aliran dijangka mampu memperkasakan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum.