KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia akan meningkatkan program Parlimen Belia bagi memastikan platform itu mampu menghasilkan pemimpin belia berkualiti untuk generasi masa depan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, pihaknya juga akan melakukan rombakan besar-besaran terutamanya dalam sistem pemilihan wakil Parlimen belia kelak.
Menurutnya, semua itu dalam perancangan memandangkan Kementerian Belia dan Sukan kini bersetuju menyerahkan Parlimen Belia kepada Parlimen Malaysia.
“Insya-Allah saya bertekad, dengan semua, termasuk menteri dan teman-teman yang lain untuk menjadikan Parlimen Belia ini sebagai inkubator.
"Dan saya memohon rakyat, masyarakat di bawah, turut terlibat, jadi pelapis pemimpin negara kita, melalui Parlimen Belia.
“Insya-Allah tahun depan kita akan rombak besar-besar sistem pemilihan wakil Parlimen Belia. Kita nak lihat anak muda berketrampilan, mempunyai wawasan untuk sama-sama menyumbang dalam Parlimen Belia nanti.
“Kita harap Parlimen Belia akan jadi satu lonjakan kepada anak muda dan insya-Allah akhirnya jadi Ahli Parlimen pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Bersama-sama Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia 2023, di sini, hari ini.
Tambah Johari, Parlimen Malaysia akan sentiasa menganjurkan program pembangunan anak muda untuk melahirkan barisan kepimpinan muda yang berwibawa.
Tegasnya, generasi muda sebagai pewaris negara harus memainkan peranan aktif dalam menyuntik semangat perpaduan dan kenegaraan agar sentiasa segar dalam mencipta kejayaan.
Sementara itu, menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept, Johari turut menggesa semua pihak bersama menggembleng tenaga bagi meningkatkan daya saing negara dengan mengetepikan individualisme dan menjiwai semangat kenegaraan.
“Dalam memaknai Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia wajar ditekuni melalui lima prinsip Rukun Negara dan cita-cita yang terkandung dalam tekad itu.
“Sesungguhnya, semangat kenegaraan yang terlahir daripada kesatuan dan kesepaduan rakyat akan membina negara bangsa yang ampuh serta melonjakkan kemampuan daya saing Malaysia di arena global,” katanya.
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, Sabtu ini.
Ridauddin Daud
Thu Sep 14 2023
Johari berucap pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Parlimen Malaysia di bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.
Rombakan besar-besaran sistem pemilihan wakil Parlimen Belia - Johari
Semua itu dalam perancangan memandangkan Kementerian Belia dan Sukan kini bersetuju menyerahkan Parlimen Belia kepada Parlimen Malaysia.
Timbalan menteri dicadang gulung perbahasan Persidangan Parlimen Belia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya Persidangan Parlimen Belia Malaysia akan datang melibatkan sesi penggulungan daripada sekurang-kurangnya timbalan menteri.
Timbalan Menteri dicadang terlibat sesi penggulungan Parlimen Belia Malaysia - PM
Timbalan Menteri di kementerian-kementerian dicadangkan untuk melibatkan diri pada sesi penggulungan sidang Parlimen Belia Malaysia (PBM).
Politik wang, lompat parti: 'Akta bukan bunuh demokrasi, tapi selamatkan daripada manipulasi'
Kerajaan digesa meminda beberapa akta berkaitan politik wang bagi memberi kuasa lebih besar kepada penguatkuasa dalam melakukan pendakwaan.
Parlimen Belia: Anak muda tidak lagi memilih berada di belakang tabir
Penganjuran Parlimen digital memperlihatkan anak muda tidak lagi terus memilih untuk berada di belakang tabir sebaliknya sudah berani menyuarakan pendapat mereka.
Kerajaan BN adalah kerajaan untuk orang muda - Najib
Tanggungjawab sebagai pemimpin bukan hanya untuk bermain politik atau membuat dasar bersifat jangka panjang dan populis, sebaliknya merangka dasar yang dapat memenuhi impian orang muda.
Lebih ideal sekiranya sekolah satu aliran dapat diwujudkan - Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat sistem sekolah satu aliran dijangka mampu memperkasakan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum.
Nisa Dottie: Belia jangan emosi
Khairunnisa Dottie Khairudin ini merupakan salah seorang anggota Parlimen Belia dan kini merupakan kurator bagi laman Twitter twt_malaysia.
KBS setuju cadangan penubuhan Dewan Perhimpunan Belia ASEAN
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju dengan cadangan penubuhan Dewan Perhimpunan Belia ASEAN namun ia perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu.