Tiga warga emas ditipu lebih RM500,000 oleh sindiket penipuan yang mendakwa mereka mempunyai tunggakan cukai tanah yang perlu dijelaskan agar tidak diusir keluar dari rumah di Jalan Tukang Besi di sini, sejak akhir 2015.
Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong yang juga Setiausaha DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li berkata, tiga mangsa tersebut, seorang wanita berusia 76 tahun dan dua lelaki berumur 65 dan 68 tahun, pada mulanya dimaklumkan oleh seorang wanita, iaitu anak angkat wanita warga emas tersebut, bahawa dia menerima surat daripada pihak kerajaan berkaitan cukai tanah rumah yang diduduki tiga beradik yang perlu segera dijelaskan.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa yang terkejut dan takut dengan berita tersebut kemudian diperkenalkan anak angkat wanita tersebut yang berusia 40-an kepada seorang peguam wanita dikenali sebagai 'Siong' bagi membantu menyelesaikan masalah itu.
"Peguam itu hanya dikenali melalui anak angkat wanita warga emas itu dan mereka hanya berkomunikasi khususnya berkaitan jumlah wang yang perlu dibayar melalui telefon dalam tempoh akhir 2015 hingga awal 2019.
"Wang tersebut pula akan diberi secara tunai kepada anak angkatnya untuk diserahkan kepada peguam terlibat dan lebih 10 transaksi penyerahan wang berlaku dalam tempoh itu melibatkan jumlah antara RM1,000 hingga RM14,000," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Sabtu.
Yeo, yang juga seorang peguam, berkata jumlah wang yang dibayar juga termasuk yuran guaman peguam 'Siong' terlibat dan wanita itu memaklumkan terdapat 13 lagi keluarga yang menghadapi situasi sama seperti tiga beradik itu.
Beliau berkata, Siong juga mengingatkan ketiga-tiga mangsa untuk merahsiakan masalah yang dihadapi mereka dan 13 keluarga lain sekiranya tidak mahu diusir keluar dari rumah atau dipenjarakan.
Katanya ketiga-tiga beradik hidup dalam ketakutan dan kegelisahan dalam tempoh tersebut dan semua duit serta simpanan mereka yang menjalankan perniagaan menjual sayur habis diserahkan kepada sindiket itu.
Beliau berkata masalah mereka bagaimanapun diketahui adik bongsu mereka yang tinggal di luar negara ketika balik melawat mereka pada awal 2019 sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Hilir pada April tahun ini.
"Justeru saya ingin mengingatkan terutama kepada golongan warga emas agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang mempunyai pelbagai kaedah menipu wang mangsa dan perlu lebih peka dan berhati-hati," katanya.
Beliau berkata mereka juga perlu segera membuat laporan polis sekiranya rasa tertipu atau merujuk sebarang masalah yang dihadapi dengan ADUN masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019
Golongan warga emas dinasihat agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang mempunyai pelbagai kaedah menipu wang mangsa. - Gambar fail
'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
ASEAN 2025 | 14 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Dzulfitri Yusop membawa tumpuan berikut:
1. Speaker Dewan Rakyat mula jelajah rasmi ke negara ASEAN
2. ASEAN platform untuk Malaysia ketengahkan industri halal
3. Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
1. Speaker Dewan Rakyat mula jelajah rasmi ke negara ASEAN
2. ASEAN platform untuk Malaysia ketengahkan industri halal
3. Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, rompak pekerja kebun sayur ditahan
Suspek didakwa menceroboh kawasan kebun itu dan merompak enam pekerja sehingga berlaku kecederaan terhadap mangsa.
Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
Platform Perolehan Perubatan Wilayah China-ASEAN dilancarkan baru-baru ini dalam satu majlis di Bandar Fangchenggang, Guangxi, China
SDG: Peranan panel sains perlu disokong kerajaan, masyarakat awam
Sebarang keputusan atau pelaksanaan perlu dilakukan secara kolaboratif oleh negara, kerajaan, dan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk ahli akademik, komuniti orang asli, komuniti tempatan, sektor swasta dan orang awam.
Pasaran kerja: Rangka kerja strategi atasi cabaran AI - Steven
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu lebih mudah diakses, berpatutan dan berasaskan kemahiran, selain perlu diangkat menjadi satu sistem pendidikan berkelas satu dengan kerjasama pemain industri.
Memanfaatkan peluang sebagai pengerusi ASEAN pacu industri halal
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bertekad mengetengahkan industri halal sebagai standard global, menerusi inisiatif seperti ASEAN Mall dan seminar antarabangsa, memperkukuh kedudukan negara dalam pasaran halal.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
DUN Pahang: Tiada kenaikan kadar cukai tanah untuk lima tahun - MB
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi jaminan Kerajaan Negeri Pahang tidak bercadang menaikkan kadar cukai tanah dalam tempoh lima tahun, walaupun menyasarkan peningkatan kutipan hasil
Semakan cukai tanah: PBT Sarawak dijangka peroleh hasil lebih baik
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak dijangka memperoleh hasil lebih baik susulan semakan semula kadar cukai tanah yang bermula awal tahun ini.
Wujud kelemahan dalam pengurusan JAIM, MSSB dan MCL - LKAN
LKAN Tahun 2021 siri 2 dalam laporan pengauditan pematuhan jabatan/agensi negeri Melaka mendapati, terdapat kelemahan dari aspek bayaran terhadap perkhidmatan kawalan keselamatan JAIM.
Pahang negeri ketiga terendah kenakan cukai tanah
Kadar cukai yang dikenakan bagi kategori perindustrian di Pahang adalah antara RM0.50 dan RM0.70 semeter persegi.
Kadar cukai tanah baharu di Labuan bermula 1 Jan 2022
Ia selaras usaha PPTG mengkaji semula kadar cukai tanah di Labuan yang tidak pernah dilakukan sejak berpuluh tahun lamanya.
Johor beri rebat cukai tanah 15 peratus bermula Oktober
Tempoh bayaran cukai tanah telah dilanjutkan hingga 14 Disember ini.
Pemaju hartanah rekod peningkatan tempahan kediaman 45 peratus semasa PKP
Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Lee Tian Hock berkata ia membabitkan nilai berjumlah RM703 juta berbanding RM400 juta pada bulan sebelum PKP.
Tiga warga emas ditipu lebih RM500,000 didakwa punyai tunggakan cukai tanah
Golongan warga emas dinasihat agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang mempunyai pelbagai kaedah menipu wang mangsa.
40 tanah dengan tunggakan cukai lebih RM400,000 bakal disita
Mohamad berkata kadar cukai setiap satu tanah yang disita itu bernilai RM1,200 setahun dengan anggaran tunggakan berjumlah lebih RM10,000 sepanjang tempoh lebih 10 tahun itu.