Malaysia menggariskan tiga teras utama dalam memastikan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar terus terbela di pentas ASEAN.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan usaha penghantaran pulang (deportation) etnik itu ke negara asal mereka perlu dibuat secara komprehensif.
Ujarnya, selain menerima pandangan etnik Rohingya sendiri, pelan penghantaran pulang itu juga perlu merangkumi pandangan petugas-petugas badan kemanusiaan.
"Kita (Malaysia) juga menyatakan pandangan kita bahawa perbincangan dan pelan penghantaran pulang itu harus dibuat secara komprehensif.
"Ini termasuklah juga mendengar pandangan-pandangan daripada warga Rohingya sendiri dan juga mereka yang selalu membuat kerja-kerja kemanusiaan dengan pelarian Rohingya khususnya di Cox's Bazar," katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di sini, hari ini.
BACA: ASEAN 2019: Belum bertemu Suu Kyi, Tun Mahathir 'buka mulut' selamatkan Rohingya
Malam tadi, beliau turut bersama Menteri-menteri Luar ASEAN menghadiri majlis makan malam kerja yang turut membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.
Ujar beliau, antara perkara lain yang turut dikongsikan Malaysia dalam membela nasib Rohingya adalah berkenaan membawa pelaku jenayah tersebut ke muka pengadilan.
"Pertama ialah penjenayah ini perlu dibawa ke pengadilan. Apakah platformnya, itu persoalan yang kemudian, tapi pelaku perlu dibawa ke muka pengadilan.
"Isu Rohingya ini tidak boleh dipisahkan daripada isu kewarganegaraannya. Dalam bab kewarganegaraan, Malaysia mungkin satu-satunya negara yang masih bicara soal isu kewarganegaraan Rohingya.
"Dalam kebanyakan dokumen ASEAN, perkataan Rohingya jarang digunakan tapi yang dirujuk ialah Rakhine, tetapi Malaysia konsisten, kita tetap menggunakan terma Rohingya," jelasnya.
Selain itu, ujar beliau, Malaysia kekal komited untuk meningkatkan lagi kerja-kerja kemanusiaan yang selama ini telah kita laksanakan sama ada di Malaysia mahupun di Cox's Bazar.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jun 22 2019

Kanak-kanak etnik Rohingya duduk di dalam sebuah kelas di kem pelarian Kutupalong di Cox's Bazar, Bangladesh pada 4 Jan 2018. - REUTERS
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.

Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.

Bangladesh, Myanmar dilanda taufan Mocha
Taufan berkenaan membawa kelajuan angin sehingga 210 kilometer sejam dan ombak berketinggian empat meter.

Unsur sabotaj punca kebakaran kem Rohingya di Cox's Bazar
Kejadian kebakaran di tenggara Bangladesh baru-baru ini mempunyai unsur sabotaj hingga menyebabkan beribu-ribu penduduk Rohingya hilang tempat tinggal, menurut siasatan rasmi.

Kes pembunuhan kejam ketua komuniti Rohingya, polis tahan 4 suspek
Pihak berkuasa Bangladesh menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ketua komuniti Rohingya di Cox's Bazar.

Lima maut, lebih 20,000 larikan diri kem pelarian Rohingya terbakar
Lima orang dipercayai terbunuh dan sekurang-kurangnya 20,000 lagi penduduk Rohingya melarikan diri selepas kem pelarian mereka terbakar.

Bangladesh enggan terima Rohingya ditahan di Malaysia
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan kesemua empat tangkapan berkenaan.

Tiga teras utama Malaysia selamatkan Rohingya di pentas ASEAN
Malaysia menggariskan tiga teras utama dalam memastikan etnik Rohingya di Rakhaine, Myanmar terus terbela di pentas ASEAN.

23 gadis Rohingya nyaris jadi mangsa pemerdagangan manusia di Malaysia
Seramai 23 remaja perempuan Rohingya telah diselamatkan oleh polis Bangladesh selepas dibawa dari kem pelarian ke Dhaka sebelum dihantar ke Malaysia.

Kerajaan pertimbang selesai isu pelarian Rohingya melalui ICC
Antara objektif yang disasarkan adalah untuk membantu menyelesaikan isu kerakyatan bagi golongan Rohingya.