Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menghantar tiga dokumen 'Tentative List' sebelum penghantaran dosir (dokumen berkaitan) lengkap untuk pengiktirafan tiga tapak baharu sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata dokumen Tentative List itu membabitkan Royal Belum (Gerik), Permatang Kuarza di Gombak, Selangor dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
"Pada masa ini, Jabatan Warisan Negara sedang berusaha menyiapkan dosir pencalonan bagi tapak berkenaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memenuhi kriteria dan kehendak UNESCO," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Ab Ghaafar A Tambi pada majlis perasmian Karnival Lenggong 2017 sempena sambutan ulang tahun ke-5 Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia UNESCO di Dataran Lenggong di sini malam tadi.
Tapak Warisan Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012 merupakan bukti kewujudan aktiviti masyarakat prasejarah yang tertua di dunia dan di situ terjumpanya rangka manusia prasejarah iaitu Perak Man.
Menurut Mohamed Nazri, selain itu kementerian juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan bagi kategori warisan termasuk dokumentari dan manuskrip.
"Kitab 'Tib Ilmu Bedil' telah berjaya diperoleh pada tahun 2016 di bawah Memory of the World Asia Pacific (MOWCAP). Ini merupakan pengiktirafan pertama di bawah badan tersebut yang berpusat di Korea Selatan," katanya.
Mohamed Nazri berkata Jabatan Warisan Negara juga telah menghantar tiga pencalonan untuk warisan kebudayaan tidak ketara bagi pengiktirafan di bawah Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003.
Katanya warisan tersebut ialah Upacara Wangkang di bawah kategori Urgent Need for Safeguarding, Dondang Sayang di bawah Representative List dan Pantun secara Multi-National File bersama Indonesia.
"Pencalonan ketiga-tiga warisan berkenaan telah dihantar pada 31 Mac 2017 dan keputusan sama ada berjaya atau tidak bakal diketahui pada November tahun 2018," katanya.
Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata semua pihak perlu memainkan peranan untuk bekerjasama dalam memelihara khazanah warisan negara termasuk Lenggong.
Beliau berkata ini boleh dilakukan melalui pelbagai bentuk termasuk memaklumkan kepada Jabatan Warisan Negara sekiranya terdapat sebarang jumpaan yang dipercayai mempunyai kepentingan dari segi sejarah, kebudayaan dan lain-lain.
"Sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba merosakkan bahan-bahan Warisan Negara hendaklah melaporkan kepada Jabatan Warisan Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2017

Mohamed Nazri berkata semua pihak perlu memainkan peranan untuk bekerjasama dalam memelihara khazanah warisan negara termasuk Lenggong. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.

2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.

Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi
Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.

Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.

Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.

Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.