SHAH ALAM: Polis menahan dua wanita termasuk seorang pemborong emas dan adik lelakinya pagi semalam di sekitar Selangor kerana disyaki melakukan pecah amanah jual beli emas di beberapa kedai di Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim suspek utama dikenali 'Sally' berusia 42 tahun yang menjalankan urusan jual beli emas secara pukal itu ditahan di sebuah apartmen di Bandar Puteri Puchong, Petaling bersama adik lelakinya berusia 37 tahun.
Turut ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Shah Alam, seorang wanita berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah kedai emas kerana disyaki berpakat dengan Sally melakukan aktiviti jenayah tersebut sejak tujuh bulan lepas.
Mohd Iqbal berkata penahanan kesemua individu itu yang dilakukan jam 7 hingga 9 pagi semalam, susulan pihaknya menerima laporan pada 31 Julai lepas daripada seorang pemilik kedai emas di Seksyen 7 selepas mendapati berlaku kekurangan stok emas sekitar 1.5 kilogram yang dianggar bernilai lebih RM1 juta susulan audit dilakukan pemilik kedai berkenaan.
"Hasil pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu mendapati seorang pekerja wanita sentiasa berurusan dengan wanita bernama Sally," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.
"Berdasarkan semakan, terdapat urusan transaksi yang mencurigakan dengan hasil dalaman mendapati pekerja ini memberikan timbangan berlebihan kepada Sally iaitu 300 hingga 500 gram (g) bagi setiap transaksi dilakukan. Hasil siasatan mendapati lebih 150 transaksi pembelian, sepanjang berlakunya jenayah tersebut," katanya.
Mohd Iqbal berkata satu gram emas dianggarkan bernilai RM252 dengan kerugian bagi berat timbangan satu transaksi mencecah antara RM50,000 hingga RM75,000 dan pekerja wanita itu akan memperoleh RM3,000 daripada Sally bagi setiap transaksi.
Mohd Iqbal berkata pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM414,700, sejumlah 80 jenis barangan kemas, 10 unit telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier dan pelbagai dokumen berkaitan termasuk resit pajak gadai dengan nilai keseluruhan lebih kurang RM700,000.
Katanya tiga suspek itu kini direman antara empat dan enam hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
ACP Mohd Iqbal Ibrahim (tiga, kanan) bersama pegawainya menunjukkan barang kemas yang dirampas ketika sidang media berkaitan kes pecah amanah melibatkan kerugian anggaran RM700,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini. - Bernama
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman
Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran amber untuk kawasan Midlands dan selatan negara itu semalaman, dengan nasihat itu tamat pada 6 pagi (0500 GMT).
[TERKINI] Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak.
Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Taman Botanikal Perlis berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu
Taman botanikal itu menjadi pusat pengumpulan koleksi tanaman nadir iaitu tanaman hampir pupus yang bertujuan mengekalkan manfaat tanaman.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
China, Jepun, Korea setuju salur kepakaran pembangunan tenaga di ASEAN - Fadillah
Ketiga-tiga negara itu memaklumkan komitmen tersebut ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) 3 (China, Jepun, Korea) ke-21.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.
AWANI Ringkas: GISB: Polis jejak transaksi, segala aset
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua wanita umur 54, 59 tahun didakwa rompak lelaki babit jual beli emas RM300,000
Dua penganggur, Zarina Sinin, 54, dan Safiah Ibrahim, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Tiga suspek ditahan seleweng jual beli emas
Suspek utama dikenali sebagai 'Sally' yang menjalankan urusan jual beli emas secara pukal, telah ditahan di sebuah apartmen.