KOTA BHARU: Kreatif dan inovatif. Itulah yang boleh digambarkan untuk tiga sekawan sebaya yang juga merupakan siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam menghasilkan 15 variasi perisa pisang goreng dan kini mampu memberi pulangan lumayan.
Mewakili trio itu, Shaidil Haq Ahamad Pakhrurazi, 22, berkata idea untuk berniaga pisang goreng berperisa itu timbul apabila dia ingin mengisi masa terluang selain mencari 'duit poket' untuk menampung yuran pengajian di universiti.
Katanya, enggan terikat dengan sebarang pinjaman bagi menampung yuran pengajian membuatkan beliau melakukan 'eksperimen' pada pertengahan tahun lalu bagi mengetahui menu yang berpotensi tinggi selain mampu memikat hati penduduk di negeri ini.
"Saya mula membuat beberapa eksperimen selain turut merujuk beberapa video untuk mengetahui makanan yang sering menjadi pilihan orang ramai dan tidak lapuk ditelan zaman terutamanya di negeri ini.
"Dari situ saya mendapat ilham sebelum mengajak dua sahabat saya Nik Muhammad Asyran Nik Mazri yang kini belajar dalam jurusan Seni Bina Dalaman di UiTM Puncak Alam dan Muhammad Haiqal Hakimi Yusri pula dalam bidang Perniagaan Tani di UiTM Jasin, Melaka untuk menjalankan perniagaan ini," katanya ketika ditemui Bernama di gerai Pishang King di Jalan Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa dekat sini.
Bercerita lanjut, siswa jurusan Kejuruteraan Mekanikal tahun pertama di UiTM Shah Alam itu berkata, pada awalnya dia hanya merujuk kepada ibunya Noor Zuraini Zulkifli, 48, dan bapanya Ahamad Pakhrurazi Muhammad, 58, untuk mengetahui resipi menghasilkan pisang goreng.
Katanya, selepas melakukan beberapa kali percubaan adunan bancuhan selepas membuat rujukan beberapa resipi untuk menghasilkan pisang goreng barulah mereka bertiga berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.
"Sebagai percubaan kami bertiga hanya membuat 'testing' kepada rakan-rakan terdekat serta keluarga untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka, dan ternyata rata-rata mereka sangat berpuas hati sekali gus membuatkan kami bertekad untuk berniaga.
"Bermula pada Ogos tahun lalu kami memulakan perniagaan dengan menyewa tapak gerai jualan di Dataran Mara, Kota Bharu, namun perniagaan kami ketika itu hanya mampu bertahan sekitar lima bulan sahaja sebelum ia terpaksa ditutup disebabkan beberapa kekangan.
"Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ sahaja memandangkan kami meneruskan perniagaan menerusi kaedah pembayaran tunai ketika serahan (COD) sebelum memutuskan untuk membuka kembali gerai niaga kami di Jalan Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa di sini pada Februari lalu," katanya.
Anak ketiga daripada lima beradik itu mengakui tidak mudah untuk menguruskan pengajian di samping berniaga, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka bertiga meneruskan perniagaan itu dengan membahagikan masa dengan baik.
Katanya, hampir setiap hari beliau bertiga akan mendapatkan 50 kilogram (kg) pisang jenis Berangan daripada beberapa pembekal pisang di sekitar daerah ini untuk memenuhi permintaan pelanggan.
"Antara perisa yang ditawarkan termasuk, coklat, strawberi, coklat putih, tiramisu, teh hijau, karamel, 'butterscoth' selain yang mendapat permintaan tinggi adalah pisang goreng berperisa nuttella.
"Setiap bekas pisang goreng dijual bermula harga RM5 dan mampu mencecah sehingga RM20 bergantung kepada pilihan 'topping' dan juga bilangan pisang iaitu antara lapan dan 16 biji.
"Syukurlah, idea untuk menghasilkan pisang goreng dengan pelbagai perisa ini ternyata mampu memberi pulangan lumayan sehingga kami bertiga mampu meraih hasil jualan mencecah RM1,500 sehari," katanya yang berniaga bermula 2.30 petang hingga 7 malam hampir setiap hari kecuali Jumaat.
Ujar beliau lagi, mereka bertiga yang telah bersahabat 14 tahun lalu sejak di bangku sekolah itu turut merancang mempelbagaikan lagi perisa yang ada, selain berhasrat untuk membuka gerai di daerah lain pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021

Peniaga pisang goreng keju, tiga sekawan Nik Muhammad Asyran Nik Mazri (kiri), Muhammad Haiqal Hakimi Yusri dan Shaidil Haq Ahamad Pakhrurazi (kanan), masing-masing berusia 22 tahun, menunjukkan aneka "Pishang King Cheese". - BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dakwaan dadah dijual seperti pisang goreng di Sabah keterlaluan - Polis
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun menyifatkan dakwaan dadah dijual seperti 'pisang goreng' di Sabah sebagai satu kenyataan yang keterlaluan.

Tiga sekawan cipta 15 variasi perisa pisang goreng raih pulangan lumayan
Idea untuk berniaga pisang goreng berperisa itu timbul apabila dia ingin mengisi masa terluang selain mencari 'duit poket'.

'Tidak perlu PhD untuk tahu rakyat susah' - Syed Saddiq bidas Ahmad Maslan
Ahli Parlimen Muar itu berkata, PhD tidak diperlukan untuk mengetahui keadaan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan, kelaparan dan sakit.

Viral: Pisang goreng campur kapur siling, KKM keluar arahan
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa kes pisang goreng yang dicampur kapur siling berpunca daripada kesilapan kilang tertukar bungkusan.