KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengadakan lawatan kerja dan prosiding berhubung perkembangan kemajuan projek kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan berkata tiga saksi telah memberikan keterangan dan penjelasan dalam prosiding yang diadakan bermula 2.30 petang hingga 6 petang tadi di Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut, Perak.
Beliau berkata mereka yang memberi keterangan dan penjelasan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan Datuk Dr Shahrazat Ahmad, Ketua Lembaga Pengarah Boustead Naval Shipyard (BNS) Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif BNS Azhar Jummat.
"PAC juga mengambil masa selama kira-kira dua jam untuk melihat sendiri status pembinaan subjek prosiding iaitu Kapal Peronda Generasi Kedua - LCS bermula pada pukul 10 pagi," katanya.
Beliau berkata prosiding itu memfokuskan tentang laporan kemajuan projek LCS yang perlu dibentangkan oleh Kementerian Pertahanan setiap tiga bulan kepada PAC sehingga projek LCS disempurnakan selaras dengan syor PAC Parlimen ke-14 sebelum ini.
"PAC komited untuk membentangkan Laporan Kemajuan Projek LCS, yang akan menyentuh kemajuan pembinaan LCS yang dicapai dari Oktober 2022 hingga Mei 2023 untuk dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 yang akan diadakan bermula 9 Okt hingga 30 Nov depan," katanya.
Sebelum ini, pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila PAC mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan, walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.08 bilion kepada BNS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
![Tiga saksi beri keterangan berkenaan LCS pada prosiding PAC hari ini Tiga saksi beri keterangan berkenaan LCS pada prosiding PAC hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686219963_TBMasErmieyati.jpg)
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tiga saksi telah memberikan keterangan dan penjelasan dalam prosiding yang diadakan bermula 2.30 petang hingga 6 petang tadi di Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pegawai awam gagal hadir prosiding PAC adalah suatu kesalahan - KSN Pegawai awam gagal hadir prosiding PAC adalah suatu kesalahan - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686829205_TBMohdZukiAli.jpg)
Pegawai awam gagal hadir prosiding PAC adalah suatu kesalahan - KSN
Kegagalan mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan suatu kesalahan kerana menghina Majlis Parlimen.
![Tiga saksi beri keterangan berkenaan LCS pada prosiding PAC hari ini Tiga saksi beri keterangan berkenaan LCS pada prosiding PAC hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686219963_TBMasErmieyati.jpg)
Tiga saksi beri keterangan berkenaan LCS pada prosiding PAC hari ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengadakan lawatan kerja dan prosiding berhubung perkembangan kemajuan projek kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut
![Pengerusi, Naib Pengerusi PAC mohon pinda larangan prosiding terbuka Pengerusi, Naib Pengerusi PAC mohon pinda larangan prosiding terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680585847_MasErmieyati.jpg)
Pengerusi, Naib Pengerusi PAC mohon pinda larangan prosiding terbuka
Mereka memohon supaya dipinda Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan mesyuarat prosiding PAC dilakukan secara terbuka.