MELAKA: Tiga peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM108,900, tahun lepas.
Ketiga-tiga tertuduh Darus Jidin, 49, Kamaruddin Ab Kadir, 58, dan Mohd Fahmi Fikri Mohd Nor, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Darus sebagai pemilik syarikat D-J Warisan Enterprise didakwa mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu dalam Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Program Penjana 2.0 Perkeso Kerjaya berjumlah RM46,400 kepada seorang ejen Perkeso bagi menuntut insentif di bawah program berkenaan.
Dia dituduh dengan niat memperdayakan Perkeso dengan borang pengesahan yang mengandungi pernyataan palsu mengenai 'Nama Pekerja Baharu' sedangkan senarai pekerja yang dinamakan itu tidak bekerja dengan syarikat itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Wisma Perkeso, Jalan Persekutuan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 9 Mac 2021.
MAHKAMAH-PENJANA 2 (AKHIR) MELAKA
Kamaruddin pula dituduh atas pertuduhan sama di bawah nama Perusahaan Syafi Muhjah TC membabitkan jumlah RM23,800 di tempat yang sama pada 18 Mei tahun lepas.
Sementara itu, Mohd Fahmi Fikri turut menghadapi pertuduhan sama atas nama Perusahaan Arrizqi 46 Enterprise melibatkan tuntutan RM38,700 di lokasi sama, 29 Mei tahun lepas.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butiran palsu itu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 kepada Darus manakala jaminan RM8,000 masing-masing kepada Kamaruddin dan Mohd Fahmi Fikri, serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di mana-mana pejabat SPRM berhampiran dan tidak mengganggu saksi sepanjang pendakwaan berlangsung.
Mahkamah menetapkan 17 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Irwan Shah Abdul Samat manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

Ketiga-tiga tertuduh Darus Jidin, 49, Kamaruddin Ab Kadir, 58, dan Mohd Fahmi Fikri Mohd Nor, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Didenda RM48,000 tipu tuntutan Program Penjana Kerjaya
Tertuduh didenda kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM10,000, tiga tahun lepas.

Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu, tipu tuntut insentif lebih RM170,000
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.

Penjana kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif lebih RM120,000
Dalam dokumen "Nama-nama pekerja baharu" seramai 30 orang yang dikemukakan tertuduh sebenarnya bukan pekerja Syarikat Nona Chantique Empire, miliknya.

Dua didakwa buat tuntutan palsu insentif Penjana Perkeso berjumlah RM43,600
Dua individu didakwa mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif program Penjana Kerjaya 1.0 daripada Perkeso.

Tiga peniaga mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya
Tiga peniaga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM108,900, tahun lepas.

SPRM bongkar kartel monopoli projek di MBSA
Setakat ini, sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA dan seorang pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan.

37 individu direman bantu siasatan tuntutan palsu, seleweng dana insentif PenjanaKerjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman 37 individu hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (PenjanaKerjaya).