GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar satu kartel yang dipercayai memonopoli tender projek di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Ahad lepas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA dan seorang pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan.
"SPRM masih menjalankan siasatan dan kami percaya penahanan mereka ini berjaya membongkar sebuah kartel dengan tangkapan terbaharu melibatkan pegawai kanan MBSA.
"Satu daripada dapatan kita ialah pegawai kanan itu terima habuan benda berharga yang nilainya berpuluh ribu ringgit. Kita sedang siasat bagaimana perbuatan rasuah itu berlaku dan bagaimana sebuah syarikat mengawal 30 syarikat lain untuk dapatkan projek di jabatan berkenaan di MBSA," katanya kepada pemberita dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara di sini semalam.
BACA: SPRM sah tahan kontraktor, 2 pegawai MBSA
BACA: Datuk Bandar Shah Alam sahkan SPRM serbu MBSA
Pada Ahad lepas, SPRM menahan tiga individu iaitu dua pegawai MBSA dan seorang kontraktor dipercayai berhubung projek kerajaan negeri.
Sementara itu, Azam berkata suruhanjaya itu menjangkakan dapat menyelesaikan siasatan berhubung kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) melibatkan nilai RM100 juta dalam tempoh sebulan lagi.
BACA: Pemilik syarikat dituduh palsukan dokumen pendaftaran PenjanaKerjaya
BACA: Seleweng PenjanaKerjaya: Perkeso lakukan tapisan ketat, pantau majikan
Katanya siasatan kes itu mengambil sedikit masa kerana melibatkan suspek yang ramai dan banyak pihak lain, namun setakat ini pihaknya telah membuka 62 kertas siasatan bersabit kes itu serta menahan 38 lelaki dan 13 wanita bagi membantu siasatan.
"Kes ini tiada kaitan dengan politik, ia seperti rompakan di siang hari apabila sekumpulan individu ini melihat ada peluang (untuk ambil keuntungan) daripada kemurahan hati kerajaan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19," katanya.
SPRM sebelum ini memaklumkan tentang operasi besar-besaran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Penjana Kerjaya di beberapa negeri seluruh negara.
BACA: PenjanaKerjaya: Menteri dedah 66 syarikat buat tuntutan palsu
BACA: Tuntutan palsu PenjanaKerjaya: Saravanan tegaskan tiada kaitan MIC
Operasi itu susulan maklumat diperoleh menerusi pemantauan dan risikan oleh SPRM dengan kerjasama Perkeso yang mendapati ada majikan mengemukakan tuntutan palsu serta menyeleweng dana program tersebut.
Program Penjana Kerjaya merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja mendepani cabaran COVID-19 bermula awal 2020 yang dilaksanakan oleh Perkeso melalui pewujudan pekerjaan baharu, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Azam berkata SPRM menjangkakan dapat menyelesaikan siasatan berhubung kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Penjana Kerjaya dalam tempoh sebulan lagi. - Gambar fail BERNAMA
Pasca Perang Syria: Presiden Syria sasar pulih hubungan dengan A.S
Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercadang untuk memulihkan hubungan dengan Amerika Syarikat dalam masa terdekat tetapi belum mengadakan sebarang perhubungan dengan pentadbiran Trump.
Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dari lokap dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan, awal bulan lepas.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terpedaya penipuan pelaburan
Seorang pengarah syarikat kerugian RM2.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di platfrom Digzax Exchanger.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Polis mohon bantuan kesan warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Januari lalu.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
Malaysia perlu perbahasan konstruktif, bukan sensasi
Menurut Tharma Pillai, ini kerana sidang Parlimen dianggap amat penting bukan sahaja dalam konteks domestik, tetapi juga dalam situasi global,terutama peranan Malaysia yang kini menjawat jawatan Pengerusi ASEAN25.
Dewan Rakyat: Sasaran Malaysia Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Sekitar 10 individu dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa pada Selasa.
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
Siasatan babit Tun Daim, isteri masih diteruskan - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wujud indikator yang menunjukkan terdapat aset luar negara yang perlu dikesan berhubung kes berkenaan.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Op DUN: SPRM selesai siasat skandal pelombongan di Sabah, serah kepada AGC – Azam Baki
SPRM telah melengkapkan kertas siasatan berhubung skandal penyelewengan dana awam melibatkan projek pelombongan di Sabah.
Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki
Seorang bekas pengurus besar NAFAS dijangka dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.
SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi
SPRM menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.