Tiga pemancing yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Sepanggar, Pulau Gaya dan Pulau Mengalum, dekat sini sejak Khamis (13 April) lepas ditemui selamat malam tadi.
Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata mangsa Mohd Wapie Said, 34, Amsiran Mijan, 55, dan Malik Awang, 40, dijumpai oleh sebuah bot pelancong sekitar perairan Pulau Tiga dan mereka dihantar ke rumah keluarga saudara-mara mereka di Pulau Gaya sebelum bertolak ke Kota Kinabalu tengah malam tadi.
"Sebelum itu, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dimaklumkan sekitar 2.38 petang 14 April oleh keluarga mangsa, mereka (mangsa) berada di sekitar Pulau Tiga sedang mendayung dan dalam keadaan keletihan serta kelaparan.
"Mangsa memaklumkan (keluarga mereka melalui panggilan telefon bimbit) berada di sebelah matahari terbenam lebih kurang 20 batu nautika barat Pulau Tiga dan ternampak sebuah kapal besar serta pesawat terbang rendah. Setelah itu, mangsa tidak dapat dihubungi sehingga 4.45 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Susulan penemuan mangsa tersebut, Mohd Zubil berkata operasi mencari dan menyelamat tamat 1.15 pagi tadi selepas mendapat pengesahan penemuan mangsa oleh Balai Polis Pulau Gaya.
Tiga mangsa tersebut dilaporkan keluar memancing pada 7 pagi, Khamis lepas dengan menaiki sebuah bot gentian kaca berwarna putih berukuran kira-kira lima meter dan sepatutnya pulang pada 9 malam pada hari kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017
![Tiga pemancing hilang sejak Khamis ditemui selamat Tiga pemancing hilang sejak Khamis ditemui selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487510254_fishingsealaut.jpg)
Tiga pemancing yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Sepanggar, Pulau Gaya dan Pulau Mengalum, dekat sini sejak Khamis (13 April) lepas ditemui selamat malam tadi. - Gambar hiasan
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
![Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735998071_TBWARGAASING.jpg)
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
![Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734247308_TBFeriLangkawi.jpg)
Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.
![APMM temukan dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi APMM temukan dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735998071_TBWARGAASING.jpg)
APMM temukan dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi
Kesemua warga asing berada dalam keadaan keletihan selepas dipercayai melalui perjalanan yang panjang tanpa bekalan makanan dan minuman mencukupi.
![Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716164517_HungaryBoatCollisi.jpg)
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
![Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713232042_TBElonMuskXai.jpg)
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
![Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700903554_banjirKelantan.jpg)
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
![Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700616005_rohingya.jpg)
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
![Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655675961_AegeanSea.jpg)
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
![Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665552648_BANJIRDIKELANTAN.jpg)
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
![Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662850699_RescueBoats.jpg)
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.