LIMA individu terkorban selepas sebuah bot terbalik di perairan South Island di New Zealand pada Sabtu.
Siasatan awal mendapati, bot berkenaan terbalik selepas berlanggar dengan seekor ikan paus.
Menurut Datuk Bandar Kaikoura, Craig Mackle, bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
"Ini merupakan satu insiden yang amat sedih terutama kepada ahli keluarga mangsa," katanya.
Operasi menyelamat yang mengambil masa hampir tujuh jam ditamatkan apabila skuad penyelam polis menemui lima mayat dari dalam bot tersebut.
Enam individu yang diselamatkan alami kecederaan ringan.
Laporan media menyebut tekong bot itu antara yang terselamat.
Bagaimanapun, pihak polis tidak mengulas mengenai kemungkinan bot itu terlanggar seekor ikan paus kerana ia masih dalam siasatan.
Sarjan Polis Kaikoura, Matt Boyce pada satu sidang media berkata, ia peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Mackle turut bingung bagaimana bot itu terbalik dalam keadaan sempurna, walaupun mengesahkan ketika ini musim ikan paus berleluasa di luar pantai Kaikoura.
Terdahulu tular di media sosial foto menunjukkan mangsa yang terselamat melambai-lambai meminta bantuan pada lambung bot sepanjang 8.5 meter yang terbalik itu.
Polis kemudian sahkan ia milik perniagaan sewa tempatan.
Kaikoura merupakan kawasan tarikan pelancong yang popular kerana hidupan liarnya yang banyak selain menawarkan pengalaman menonton ikan paus secara langsung.
Astro Awani
Sat Sep 10 2022
Rakaman dari udara menunjukkan dua bot penyelamat menghampiri sebuah bot yang terbalik di Kaikoura. - Foto AP
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
51 paus mati terdampar di Australia Barat
Jabatan Biodiversiti, Pemuliharaan dan Daya Tarikan Australia Barat menggesa orang ramai supaya menjauhi pantai untuk keselamatan mereka.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
Ikan paus terjerat tali pengukur berat berjaya dibebaskan
Haiwan berkenaan dilihat dalam keadaan stabil namun terdapat luka pada bahagian ekornya akibat tali pengukur berat itu.
Usaha mencari ikan paus humpback terjerat diteruskan
Misi mencari ikan paus berkenaan akan diteruskan bagi melepaskan lebih banyak tali yang terjerat di badannya.
Jumpa muntah paus, warga emas bakal jadi jutawan sekelip mata
Seorang peniaga telah menawarkan untuk membeli muntah itu pada harga 960,000 Baht (lebih RM123,000) untuk satu kilogram.
Lepas paus dan pak belang, kini beruang muncul di Terengganu
Beruang yang dipercayai daripada spesies beruang matahari itu dilihat berkeliaran di sekitar Felda Belara, di sini sejak dua minggu lepas dan mula menceroboh kawasan kebun dan penempatan.
80 cedera, 5 parah feri didakwa berlanggar dengan paus
Lebih 80 dilaporkan cedera dan lima parah selepas sebuah feri dilaporkan berlanggar dengan haiwan marin disyaki ikan paus di Jepun pada Sabtu.
Paus mati di Pantai Duxbury
Dunia digemparkan dengan kematian seekor lagi paus, kali ini di Pantai Duxbury, Massachusetts.
Lagi ikan paus mati selepas telan 29kg plastik
Seekor ikan paus ditemui mati selepas menelan lebih 30 kilogram plastik berdekatan sebuah rumah api di Cabo de Palos, Sepanyol.
Penduduk kampung di Kudat gempar ikan paus terdampar di pantai
Aktiviti harian penduduk di sekitar Kampung Indarason Laut, di Kudat, Sabah, dikejutkan dengan kehadiran ikan paus seberat 2.2 tan yang terdampar di tepi pantai kampung berkenaan.