JAKARTA: Tiga rakyat Indonesia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada Januari 2020 ketika menangkap ikan di perairan Sabah, Malaysia, berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa Filipina pada Khamis lepas (18 Mac).
Menurut kenyataan Kementerian Luar Indonesia, ketiga-tiga mereka yang berasal dari Kabupaten Wakatobi, Sulawesi Tenggara, dilaporkan sihat dan dalam proses untuk dihantar pulang ke Indonesia.
"Penyelamatan dilakukan pada Khamis petang di perairan Tawi-Tawi ketika bot yang digunakan kumpulan itu (Abu Sayyaf) yang membawa tiga warganegara Indonesia berkenaan, terbalik akibat dipukul ombak.
"Mereka (tebusan) cuba dipindahkan kumpulan itu dari Indanan, Sulu, ke tempat lain selepas terdapat operasi bersepadu pasukan keselamatan Filipina," demikian menurut kenyataan itu.
Tiga rakyat Indonesia itu kemudiannya diselamatkan pasukan keselamatan Filipina sebelum dibawa ke Zamboanga, dan akan diterbangkan ke Manila untuk dihantar pulang ke Indonesia.
Tiga yang diselamatkan itu dikenali sebagai Arizal Kasta Miran, 30; Arsad Dahlan, 41 dan Andi Riswanto Hayano, 26.
Mereka merupakan antara lima nelayan warga Indonesia yang bekerja dengan majikan Malaysia yang diculik oleh kumpulan militan itu pada 16 Jan 2020 ketika berada di perairan Tambisan, Sabah.
Seorang daripada mangsa culik berkenaan, La Baa, 32, ditemukan mati dibunuh pada 28 Sept 2020 di Patikul, Sulu, Filipina, manakala nasib seorang lagi, iaitu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, masih belum diketahui.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021

Tiga rakyat Indonesia itu kemudiannya diselamatkan pasukan keselamatan Filipina sebelum dibawa ke Zamboanga, dan akan diterbangkan ke Manila untuk dihantar pulang ke Indonesia. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pusat mengundi Pemilu 2024 di Kuala Lumpur terbesar di dunia - Duta Indonesia
Pusat mengundi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi warga Indonesia di perantauan sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 pada Rabu depan (14 Feb) merupakan yang terbesar di dunia.

Pelancongan perubatan terus gamit rakyat Indonesia ke Malaysia - Duta Besar
Kedatangan rakyat Indonesia ke Malaysia termasuk bagi tujuan pelancongan perubatan dijangka terus meningkat semasa rantau ini terus pulih daripada pandemik COVID-19.

Indonesia beri vaksin COVID-19 percuma untuk rakyat
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan.

Kuarantin: Duta serta 54 individu tiba dari Iran dibenarkan pulang hari ini
Proses kuarantin bagi 55 individu terdiri daripada warga Malaysia dan tanggungan serta bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Iran, pada 22 Mac, tamat hari ini.

Rakyat Indonesia dikhuatiri lemas, bot angkut sawit karam
Seorang rakyat Indonesia dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dengan dua rakannya tenggelam dalam insiden di Batang Suai, Batu Niah berhampiran Kampung Iran di sini pagi tad

Kumpulan penculik minta wang tebusan RM4 juta dari keluarga mangsa
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata isteri seorang daripada mangsa yang berada di Sulawesi menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu pada 18 Sept lalu kira-kira 10.24 pagi.

Tangkapan warga Indonesia rancang serang Singapura: Keselamatan negara terkawal
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.