Sarawak hari ini mencatatkan tiga kes terbaharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kes positif di negeri itu setakat ini meningkat kepada 583 kes.
Ketiga-tiga kes tersebut menyaksikan dua kes dilaporkan di Kuching dan satu kes lagi di Samarahan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes pertama merupakan kes ke-581 merupakan seorang lelaki bukan warganegara yang bekerja di sebuah syarikat tempatan di Kuching.
“Kes dilaporkan mengalami sakit tekak bermula 12 Julai 2020 dan telah menjalani saringan swab rT-PCR untuk COVID-19 di sebuah hospital swasta pada 14 Julai 2020.
“Keputusan ujian makmal mendapati swab nasopharyngeal dan oropharyngeal adalah positif untuk COVID-19 pada hari yang sama,” ujar kenyataan sama.
Seterusnya kes kedua yang merupakan kes ke-582, merupakan seorang petugas kesihatan yang bertugas di sebuah hospital swasta di Kuching dan tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19.
Kes dilaporkan menjalani saringan Rt-PCR di sebuah hospital swasta pada 14 Julai 2020 dan keputusan ujian makmal mendapati swab nasopharyngeal dan oropharyngeal adalah positif untuk COVID-19 pada hari sama.
Manakala kes ke-583 merupakan seorang lelaki warga tempatan yang menetap di Kota Samarahan dan bekerja sebagai Jurutera di sebuah syarikat tempatan yang sama dengan kes ke-581.
“Kes juga dilaporkan tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala semasa menjalankan saringan di sebuah hospital swasta.
“Saringan swab rT-PCR untuk COVID-19 dijalankan pada 14 Julai 2020 mendapati swab nasopharyngeal dan oropharyngeal adalah positif untuk COVID-19 pada hari sama,” tambah kenyataan sama.
Ketiga-tiga kes dilaporkan sebagai jangkitan tempatan kerana tiada sejarah perjalanan melawat atau balik dari luar negara dan ketiga-tiga kes masih dalam siasatan.
Justeru, pengesanan kontak rapat yang melibatkan ahli keluarga dan tempat kerja kes juga masih dan sedang giat dilakukan.
Antara lain, tiada kes sembuh dan discaj dilaporkan di seluruh negeri menjadikan jumlah tersebut kekal dengan 554 kes atau 95.03 peratus.
Syafik Shukri Jalil
Wed Jul 15 2020
![Tiga kes jangkitan tempatan COVID-19 terbaharu di Sarawak Tiga kes jangkitan tempatan COVID-19 terbaharu di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594800223_COVID.jpg)
Ketiga-tiga kes dilaporkan sebagai jangkitan tempatan kerana tiada sejarah perjalanan melawat atau balik dari luar negara dan ketiga-tiga kes masih dalam siasatan. FOTO: ASTRO AWANI
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Ratusan pelancong yang terkandas di Cancun berpusu-pusu ke lapangan terbang antarabangsa bandar itu pada Sabtu bagi menjadualkan semula penerbangan mereka dan pulang ke tanah air selepas Taufan Beryl melanda pantai Mexico.
Presiden baharu Iran berikrar mendengar rintihan rakyat
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian dalam ucaptamanya sebagai Presiden - berikrar akan menjadi telinga yang mendengar kata-kata rakyat.
Penduduk Gaza diserang penyakit berjangkit dan kutu
Penduduk yang berlindung di kem pelarian Deir Al-Balah berkata bahawa penyakit berjangkit dan kutu sedang merebak secara meluas disebabkan kekurangan bekalan air bersih dan bahan kebersihan diri.
![334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta 334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720318919_ZaharuddinAlias.jpg)
334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta
Geran berjumlah RM1.67 juta telah dikeluarkan bagi membantu usahawan kumpulan B40 dan asnaf.
Kerajaan Madani insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Perdana Menteri menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kekalahan calon Gabungan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di kawasan itu, pada Sabtu.
![Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706680207_scam.jpg)
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, pada Jumaat.
Dr Abdul Majid Tokoh Maal Hijrah Selangor
Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
![Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314937_Portlumbaharam.jpg)
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![SPICS: Fadillah puji pencapaian barisan pesilat Bumi Kenyalang SPICS: Fadillah puji pencapaian barisan pesilat Bumi Kenyalang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677946439_FadillahYusof.jpg)
SPICS: Fadillah puji pencapaian barisan pesilat Bumi Kenyalang
Prestasi cemerlang kem Sarawak dalam Kejohanan Silat Antarabangsa Premier Sarawak 2023 (SPICS) yang telah memasuki hari keempat menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![STB dan Malaysia Aviation Group jalin kerjasama dalam Sia Sitok Sarawak Plus STB dan Malaysia Aviation Group jalin kerjasama dalam Sia Sitok Sarawak Plus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642595284_perlancongan.jpg)
STB dan Malaysia Aviation Group jalin kerjasama dalam Sia Sitok Sarawak Plus
Pemeteraian MoU antara kedua pihak dapat melonjakkan kembali industri pelancongan di Bumi Kenyalang khasnya sebagai destinasi pilihan.
![PRN Sarawak: Pecutan akhir untuk tawan kerusi hangat PRN Sarawak: Pecutan akhir untuk tawan kerusi hangat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639096335_TBPRNSWK.jpg)
PRN Sarawak: Pecutan akhir untuk tawan kerusi hangat
Berbekal sehari sahaja lagi kempen, beberapa gelanggang bagi perebutan kerusi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar kini menjadi faktor penentu kepada keputusan akhir antara GPS, DAP dan PBS.
![Sarawak negeri terawal terima pelaksanaan 5G tahun hadapan - Annuar Sarawak negeri terawal terima pelaksanaan 5G tahun hadapan - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638001300_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Sarawak negeri terawal terima pelaksanaan 5G tahun hadapan - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia antara lain disebabkan faktor kedudukan strategik Bumi Kenyalang itu dari aspek geopolitik dan kesalinghubungan.
![Tiga kes jangkitan tempatan COVID-19 terbaharu di Sarawak Tiga kes jangkitan tempatan COVID-19 terbaharu di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594800223_COVID.jpg)
Tiga kes jangkitan tempatan COVID-19 terbaharu di Sarawak
Sarawak hari ini mencatatkan tiga kes terbaharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kes positif di negeri itu setakat ini meningkat kepada 583 kes.
![Hari Sarawak disambut secara maya Hari Sarawak disambut secara maya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81594798113_LeeKimShin.jpg)
Hari Sarawak disambut secara maya
Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun sejak 57 tahun lalu bakal diadakan secara maya tahun ini.
![Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021 Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71593160584_rMenteriPelanconga.jpg)
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih pada suku kedua tahun hadapan.
![Aplikasi Sarawak Travel: Terokai Sarawak di hujung jari Aplikasi Sarawak Travel: Terokai Sarawak di hujung jari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582186504_TRAVELAPPS.jpg)
Aplikasi Sarawak Travel: Terokai Sarawak di hujung jari
Bagi anda yang merancang untuk berkunjung ke negeri Bumi Kenyalang, perjalanan anda nanti pasti lebih mudah dengan adanya aplikasi Sarawak Travel.
![Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020 Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41581847176_Semenggoh.jpg)
Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020
Anugerah yang akan diterima Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Berlin, Jerman Mac ini membuktikan dunia mengiktiraf usaha Sarawak melihara dan memulihara alam sekitarnya.
![Cucu Rajah Brooke 'jatuh cinta' dengan Sarawak Cucu Rajah Brooke 'jatuh cinta' dengan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61564826338_TBCucuBrooke.jpg)
Cucu Rajah Brooke 'jatuh cinta' dengan Sarawak
Sebelum ini, hanya tahu tentang Sarawak daripada penceritaan neneknya, Sylvia Brooke iaitu isteri kepada Rajah Putih Sarawak terakhir Charles Brooke.