KUCHING: Ramalan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) kembali berkuasa selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak menimbulkan persoalan utama sama ada ia mampu memperoleh majoriti besar untuk tampil sebagai gabungan politik pertama dari Sarawak yang memerintah Bumi Kenyalang.
Pada 2016, empat parti komponen GPS bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menawan 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertanding. Margin kemenangan turut didorong oleh kejayaan 11 calon langsung, lima daripada mereka telah meninggalkan gabungan politik itu dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Berbekal sehari sahaja lagi kempen esok, beberapa gelanggang bagi perebutan kerusi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar kini menjadi faktor penentu kepada keputusan akhir antara GPS dengan pencabar utamanya iaitu DAP dan PSB.
GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Melalui calon langsung, mereka memperoleh 88 peratus undi pada PRN sebelum ini.
Pada 3 Nov lepas, apabila DUN dibubarkan, kerusi dewan telah dirombak susulan perubahan politik. GPS masih memiliki jumlah kerusi terbesar iaitu 68 diikuti PSB (enam), DAP (lima), Bersatu (satu dan Bebas (satu).
GPS bertanding di semua 82 kerusi manakala DAP meletakkan calon di 26 DUN. PSB, yang membuat penampilan sulung pada pilihan raya kali ini, bertanding di 70 kerusi dan diterajui kumpulan calon langsung BN yang memenangi pilihan raya itu pada 2016 serta dua penyandang daripada PKR yang kini menyertai parti itu.
Di kawasan bandar, perebutan undi kaum Cina di Kuching dan Sibu dilihat amat sengit.
Di ibu kota, hab perniagaan Padungan menanti wakil rakyat yang baharu. Ia menyaksikan persaingan sengit antara Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng, yang merupakan calon GPS daripada SUPP.
Terdapat pelbagai pendapat berhubung situasi itu dan Chong dilihat memiliki kelebihan kerana beliau adalah Pengerusi DAP Sarawak.
Parti pembangkang itu bagaimanapun telah dikritik kerana didakwa gagal menunaikan janjinya kepada Sarawak semasa menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan yang umurnya tidak panjang.
"Tiada jaminan bahawa beliau akan menang dan beliau perlu berjuang untuk meraih kejayaan," kata seorang ahli perniagaan yang mengundi di Kuching.
Kerusi Batu Lintang, yang terletak berhampiran Kuching, pula dilihat boleh bertukar pemilik selepas dua penggal berada di bawah PKR.
Ia dijangka menyaksikan pertarungan sengit antara penyandang dua penggal See Chee How dan pencabarnya Sih Hua Tong daripada GPS.
See terpaksa berdepan pandangan serong pengundi bahawa beliau adalah 'katak politik' kerana kini bersama PSB. Sih bagaimanapun telah membuktikan kecekalannya kerana meskipun tewas dua kali di kawasan itu, beliau terus membuka pusat khidmat di situ.
Bawang Assan dan Dudong pula menjadi kerusi panas di Sibu.
Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh, 79, terus berusaha menawan kerusi Bawang Assan buat penggal ketujuh berbekalkan kejayaannya sebelum ini semasa bersama-sama SUPP.
Merupakan individu tertua antara 349 calon yang bertanding, pengalaman yang dimiliki Wong selama bertahun-tahun di kawasan itu serta hubungannya dengan penduduk rumah panjang dilihat mampu memberi kelebihan kepada beliau.
Bagaimanapun, beliau perlu meraih sokongan bumiputera yang cenderung memihak kepada calon kerajaan.
GPS telah meletakkan Robert Lau Hui Yew, yang merupakan Pengerusi SUPP Bawang Assan, sebagai calonnya dalam persaingan lima penjuru di kawasan itu.
Keputusan di DUN Dudong pula akan diikuti dengan penuh minat. Ia merupakan satu-satunya kawasan yang menyaksikan pertandingan lapan penjuru pada pilihan raya ini dan kerusi DUN itu yang pernah dimenangi SUPP telah diberikan kepada Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang dikenali sebagai pemimpin lantang bersuara.
Terdapat pandangan bahawa beliau sudah terlalu sibuk sebagai Ahli Parlimen Bintulu serta Duta Khas Malaysia ke China dan persoalan yang berlegar ialah sama ada ahli akar umbi SUPP akan menyokongnya.
"Persaingan di kawasan luar bandar sedikit berbeza. Hubungan kekeluargaan, agama, sentuhan peribadi dan calon amat penting.
"Kebanyakan muka baharu kini berlumba-lumba untuk memperkenal diri mereka dan ia adalah umpama perkenalan sekali lalu kerana untuk ke satu-satu rumah panjang memakan masa lima hingga enam jam," kata Felo Kanan Majlis Profesor Malaysia Dr Jeniri Amir.
Antara pertembungan paling ditunggu-tunggu di kawasan luar bandar ialah persaingan lima penjuru di Ba'kelalan di mana penyandang Baru Bian bertanding untuk penggal ketiga di bawah parti lain.
Beliau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti undi 538 pada 2016 sebagai Pengerusi PKR Sarawak namun kali ini bertanding atas tiket PSB bagi kerusi yang mempunyai 8,503 pemilih berdaftar.
Pertandingan sebenar di kawasan itu ialah antara calon GPS daripada PDP Sam Laya daripada etnik Lun Bawang dan merupakan peguam seperti Baru.
DUN Telang Usan, Opar dan Tamin turut berada dalam radar bagi persaingan di kawasan pedalaman.
Telang Usan, yang dimenangi dengan majoriti tipis 167 undi dalam pertandingan dua penjuru pada 2016 mungkin menjadi kawasan agak sukar untuk ditawan oleh GPS.
Gabungan politik itu mengekalkan Dennis Ngau untuk bertanding bagi penggal ketiga dalam persaingan lima penjuru menentang Gia Bala daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Philip Jau Ding daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Jau Jok daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
![PRN Sarawak: Pecutan akhir untuk tawan kerusi hangat PRN Sarawak: Pecutan akhir untuk tawan kerusi hangat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639096335_TBPRNSWK.jpg)
Berbekal sehari sahaja lagi kempen, beberapa gelanggang bagi perebutan kerusi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar kini menjadi faktor penentu kepada keputusan akhir antara GPS, DAP dan PBS. - Foto BERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, pada Jumaat.
Dr Abdul Majid Tokoh Maal Hijrah Selangor
Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
![Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314937_Portlumbaharam.jpg)
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720316150_ProgramMADANIRakya.jpg)
Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur
Tumpuan hari ini pastinya terarah kepada program pertukaran topi keledar lama di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720223563_tbIsraelimilitary.jpg)
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
![PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
![Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
![Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642955643_TBABANGJO.jpg)
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
![Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641612762_DrAnnuarRapaee.jpg)
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
![Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639834796_PresidenPartiRakya.jpg)
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
![Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640854819_TBABGJO.jpg)
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622626386_DrNoorNirwandy.jpg)
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
![Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639902871_KetuaMenteriSarawa.jpg)
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
!['Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari 'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639831966_AbangJohariTunOpe.jpg)
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
![PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639893041_TBgerawat.jpg)
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
![PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639840653_KetuaMenteriSarawa.jpg)
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
![PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639871167_ChongChiengJen.jpg)
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.