JERTIH: Sebuah bengkel membaiki motosikal, sebuah kedai membaiki televisyen dan sebuah bengkel kimpalan musnah dalam kebakaran satu deretan kedai berstruktur kayu di Kampung Seberang Jertih di sini, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Muhammad Tarmimi Che Musa berkata tiga jentera bomba dan sebuah lori tangki dengan 14 kekuatan anggota dari balai Jertih dan Besut dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan, dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.47 malam.
"Tiga unit rumah kedai itu musnah 100 peratus, namun api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berdekatan, dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Sementara itu pemilik bengkel membaiki televisyen, Zulkarnain Tawang, 55, berkata beliau menyedari kebakaran bermula daripada bengkel membaiki motosikal bersebelahan kedainya, sebaik selesai mengerjakan solat Asar.
"Saya terdengar letupan kecil dari bengkel sebelah kemudian saya nampak api menyala, lalu saya bergegas keluar dari bengkel saya yang terletak di bahagian tengah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang semalam.
Menurutnya api marak dengan cepat kerana struktur kedai berkenaan diperbuat daripada kayu dan sudah berusia lebih 30 tahun.
"Saya tidak sempat menyelamatkan satu pun daripada lebih 100 unit televisyen milik pelanggan yang perlu saya baiki dan saya menganggarkan kerugian RM50,000," katanya yang menyewa kedai itu sejak 20 tahun lepas.
Pemilik bengkel membaiki motosikal pula, Wong Weng Chong, 57, berkata kejadian itu berlaku tidak lama selepas beliau menutup bengkel.
"Saya tutup bengkel kira-kira 4.45 petang untuk ke bandar Jertih dan ketika dalam perjalanan pulang semula ke bengkel, saya nampak asap tebal menjulang tinggi dari kawasan bengkel, dan saya berasa sangat tidak sedap hati," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.
Menurut Wong dia telah menyewa premis berkenaan sejak 31 tahun lepas dan mengganggarkan kerugian dialaminya melebihi RM30,000 selepas tiga buah motosikal musnah termasuk sebuah motosikal miliknya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan sisa api pada motosikal dalam sebuah bengkel membaiki motosikal yang musnah dalam kejadian kebakaran di Seberang Jertih, Jertih, 6 Apr 2022. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Jenazah lima beranak rentung dikebumi dalam satu liang lahad
Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis lepas.

Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan
Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras.