Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak telah dijangkiti Rabies atau penyakit anjing gila.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kejadian kluster jangkitan rabies yang telah dinotifikasi dari Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 22 Jun lepas.
Menurutnya,kesemua kes yang melibatkan mangsa berumur empat, enam dan tujuh tahun pada awalnya disyaki menghidap penyakit viral encephalitis dan menunjukkan tanda dan gejala seperti demam, kadang-kala bersikap pelik, agresif dan rasa takut terhadap air.
"Dalam kes pertama, mangsa mengalami tanda dan gejala seperti di atas pada awal bulan Jun dan dirujuk ke hospital daerah berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.
Dalam kes kedua, mangsa juga menunjukkan tanda dan gejala yang serupa, lebih kurang seminggu lepas dan mangsa juga dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak memandangkan keadaan bertambah teruk," katanya.
Kes ketiga turut dilaporkan mengalami tanda serupa dan dirujuk ke hospital yang sama.
Dr Noor Hisham berkata kesemua mangsa telah dimasukkan ke wad rawatan intensif kanak-kanak, yang dua daripadanya terpaksa diberikan alat bantuan pernafasan.
Katanya, siasatan lanjut turut mendapati dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.
"Beberapa sampel ujian air kencing, air liur dan biopsi kulit dari kesemua kes telah diambil dan dihantar ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur dan menunjukkan keputusan positif kehadiran virus rabies," katanya.
Berikutan kejadian ini, KKM mengambil beberapa langkah kawalan dan pencegahan termasuk menjalankan siasatan menyeluruh dan menjalankan pengesanan kes secara aktif dan pasif serta mengeluarkan 'alert' kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta di daerah berdekatan lokaliti kejadian.
Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus dan boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan anjing yang dijangkiti Rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti Rabies.
Dr Noor Hisham berkata individu atau manusia yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma.
Penyakit Rabies boleh menyebabkan kematian seratus peratus pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
![Tiga kanak-kanak di Sarawak dijangkiti Rabies - KKM Tiga kanak-kanak di Sarawak dijangkiti Rabies - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61498576096_TersepitEskalator.jpg)
Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus dan boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan anjing yang dijangkiti Rabies. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695811032_anjing.jpg)
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
![Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650813758_anjing.jpg)
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
![Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623414111_RABIESDIKUCHING.jpg)
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
![Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71593164434_RABIESDIKUCHING.jpg)
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
![NTD, apa yang anda perlu tahu NTD, apa yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611991814_Penyemburan.jpg)
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
![NTD tidak harus dipandang sepi NTD tidak harus dipandang sepi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590828045_denggi.jpg)
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
![Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599823097_bayi.jpg)
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
![Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534908612_RABIESDIKUCHING.jpg)
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
![SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522946006_doganjingrabies.jpg)
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.
![MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577331180_TBRAMPASjpg.jpg)
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.