KUALA KANGSAR: Tiga jenazah pelajar yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada tengah malam Rabu dibawa ke Masjid Raja Permaisuri Bainun Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) selepas proses pengecaman selesai.
Jenazah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, dibawa ke masjid itu pada kira-kira 11.15 malam tadi dengan disambut oleh ratusan pelajar dan jemaah yang hadir.
Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid apabila jenazah dibawa untuk disembahyangkan dan jemaah yang hadir mengerumuni jenazah bagi menatap mereka buat kali terakhir.
Jenazah Muhammad Nasrun, yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, akan dibawa ke Kuala Kubu Bharu di Selangor manakala jenazah Muhammad Nabil Haikal, yang merupakan penuntut Diploma Pentadbiran Perniagaan, pula dibawa ke Mantin, Negeri Sembilan untuk dikebumikan selepas subuh.
Sementara itu, jenazah Iqbal Hasnun, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, akan dibawa pulang untuk dikebumikan sebaik tiba di Senai, Johor.
Pengarah Hospital Taiping Dr Hajah Narimah Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan identiti ketiga-tiga mangsa berjaya dikenal pasti hasil bedah siasat dan pemeriksaan forensik odontologi.
"Bedah siasat yang dijalankan bersama pasukan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping dan Unit Forensik Odontologi Hospital Kuala Lumpur mengambil masa kurang 24 jam untuk mengenal pasti ketiga-tiga mangsa berkenaan," katanya.
Pagi tadi, jenazah mereka dihantar ke Hospital Taiping dari Hospital Kuala Kangsar bagi proses bedah siasat selanjutnya sebelum dituntut ahli keluarga yang menginap di sebuah hotel disediakan Kerajaan Negeri Perak sehingga urusan bedah siasat selesai.
Malam Khamis, dua lagi pelajar USAS yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan bersama dua treler di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini dikenal pasti oleh ahli keluarga menerusi proses bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar dan disolatkan di masjid sama sebelum jenzah masing-masing dibawa pulang ke Parit Buntar dan Kemaman, Terengganu untuk urusan pengebumian.
Insiden pada kira-kira 12.50 tengah malam itu menyebabkan lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City rentung selepas kenderaan dinaiki terbakar akibat kemalangan bersama dua treler.
BACA: 5 rentung dalam nahas kereta, treler di Lebuhraya Utara Selatan
Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol (yang memandu kereta), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, (penumpang depan) serta Muhammad Nabil Haikal, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Jenazah ketiga-tiga disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Bas persiaran rempuh treler di Sungai Bakap, 26 cedera termasuk pemandu
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.16 pagi sewaktu bas yang membawa rombongan dari Seremban sedang dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani.

Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Tujuh mangsa masih dirawat, dua di ICU
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu
Nahas kemalangan jalan raya yang mengorbankan 5 sekeluarga serta dua yang lain di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Ayer Keroh pada Isnin, menggemparkan di saat negara memasuki perayaan Krismas.