KULAI: Tiga daerah di Johor dilanda banjir membabitkan 276 mangsa di Kulai, Kluang dan Segamat yang dipindahkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.
Menurut laporan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kulai menjadi daerah paling terjejas melibatkan seramai 194 mangsa daripada 40 keluarga.
Katanya, kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Baru Sengkang dan Dewan Raya Kampung Murni Jaya.
"PPS Dewan Serbaguna Kampung Baru Sengkang dibuka pada jam 7.30 malam, manakala Dewan Raya Kampung Murni Jaya, dibuka pada jam 9.30 malam.
"PPS Dewan Serbaguna Kampung Baru Sengkang menempatkan 134 mangsa daripada 37 keluarga dari Kampung Baru Sengkang.
"Manakala PPS Dewan Raya Kampung Murni menempatkan 55 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Murni Jaya," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Sebuah PPS turut dibuka di Kluang tengah malam tadi apabila 25 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Ithnin Maarof, Simpang Renggam, terpaksa dipindahkan ke dewan utama kampung itu berikutan banjir kilat melanda.
IKUTI SEGALA MAKLUMAT TENTANG BANJIR DI SINI
Manakala di Segamat, 57 orang daripada 18 keluarga dipindahkan ke tiga PPS sejak 2 Nov lalu, membabitkan Balairaya Kampung Batu Badak, Balairaya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Tasek.
"Sejak 2 Nov lalu, tiga PPS sudah dibuka di Segamat, namun tiga lagi PPS baharu dibuka di Kulai dan Simpang Renggam, Kluang, malam tadi," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, paras air di Sungai Johor membabitkan lembangan Sungai Sayong di Kampung Sungai Siam, Kulai, dilaporkan berada pada paras bahaya pagi ini.
Sungai berkenaan mencatatkan paras 20.71 meter berbanding paras normal iaitu 19 meter.
Dua lagi sungai iaitu Sungai Batu Pahat membabitkan Lembangan Sungai Lenik di Ladang Chaah serta Sungai Skudai di Kampung Separa, kini berada di paras amaran.
Sungai Lenik mencatatkan paras semasa 5.7 meter berbanding paras normal pada 4.10 meter, manakala Sungai Skudai pula mencatat paras 17.49 meter berbanding 16 meter pada paras normal.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Nov 13 2022
Sungai Sayong di Kampung Sungai Siam, Kulai, dilaporkan berada pada paras bahaya pagi ini. - Foto ihsan APM
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Banjir: PPS diaktifkan di Kubang Pasu tempatkan 53 mangsa
PPS di Sekolah Kebangsaan Malau itu menempatkan 53 mangsa daripada 15 keluarga dari tiga kampung terjejas.
Tiga PPS ditutup selepas banjir di Port Dickson pulih sepenuhnya
PPS di Kampung Sungai Raya ditutup selepas banjir di rumah mangsa telah surut dan air pasang surut menunjukkan paras biasa iaitu 2.1 meter pada 10.30 pagi tadi.
Banjir: 139 orang masih berada di dua PPS di Perak setakat 10 pagi
Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 139 orang daripada 34 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 pagi.
Banjir kilat, air pasang, satu PPS diaktifkan di Merbok
Kawasan yang terlibat pemindahan penduduk ke PPS susulan banjir adalah Kampung Huma dan Kampung Sungai Pial di Merbok.
Banjir di Alor Gajah pulih sepenuhnya, dua PPS terakhir ditutup
Kedua-dua PPS berkenaan menempatkan 32 mangsa daripada 11 keluarga pada 7 pagi tadi dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini selepas air surut sepenuhnya.
Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya
Semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja kawasan terjejas itu dilaporkan selamat.
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun malam ini
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun kepada 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam ini berbanding 418 orang daripada 127 keluarga pada 4 petang tadi.
Masjid Tanah tenggelam, banjir kilat terburuk sejak 10 tahun
Pergerakan air yang terlalu pantas menyebabkan ada antara mereka terkandas lebih empat jam untuk pulang ke rumah.
Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup
Kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini
Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek pagi ini.