Tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama kes lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, di sini, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu menemui mayat kedua pada 11.36 pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Terengganu, Mohd Basri Kamarazaman berkata, menerusi selaman yang dilakukan anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), pihaknya berjaya mengesan mangsa, Khairil Firdaus Mohd, 17 tahun.
Katanya, mayat Khairil Firdaus dikesan pada jarak 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Terdahulu, mangsa pertama tragedi empat Syawal, Umar Iskandar, 21 tahun, ditemui kira-kira jam 9.50 pagi.
Mohd Basri berkata, ketika ini operasi pencarian seorang lagi adik mereka, Khalif Naim, 16 tahun, terus dipertingkatkan.
Mayat Khairil Firdaus dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
BACA: Baju Melayu ungu jadi kenangan terakhir
Pada Rabu, tiga beradik itu dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu, yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka, pada sekitar jam 6 petang.
Sementara itu, polis Terengganu mengingatkan masyarakat di kawasan itu agar tidak berkumpul di lokasi pencarian mangsa yang dikhuatiri lemas tersebut.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan.
Nur Fazlizai Ali
Thu May 28 2020

Mayat Khairil Firdaus ditemui kira-kira jam 11.36 pagi. - Foto Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerja penyambungan paip 600mm di Sungai Perai siap lebih awal dari jadual
Pemulihan bekalan kepada 84 peratus daripada 120,000 pengguna yang terjejas dapat dimulakan lebih awal.

Anggota tentera ditemui lemas di Sungai Leleh
Mangsa ditemui di dasar sungai oleh anggota bomba yang melakukan penyelaman pertama pada jam 6.38 petang.

Jawatankuasa siasat punca kebocoran paip utama di dasar Sungai Terengganu - MB
Jawatankuasa melibatkan pelbagai agensi dan akan diketuai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Tiga beradik lemas: Mayat kedua ditemui di dasar sungai
Menerusi selaman yang dilakukan anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), pihaknya berjaya mengesan mangsa, Khairil Firdaus Mohd, 17 tahun.