SHAH ALAM: Pakar menyarankan tiga alternatif selain membenarkan pengeluaran terus caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengatasi isu kos sara hidup rakyat yang semakin membebankan.
Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pengeluaran KWSP walaupun bersasar tetap berisiko untuk menjejaskan masa depan bakal pesara terutama apabila mempunyai baki simpanan yang sedikit.
Langkah pertama yang boleh diambil ialah wang simpanan KWSP pencarum boleh dikreditkan secara langsung kepada bank untuk hutang tertunggak.
“Sekurang-kurangnya kaedah ini dapat melaraskan kembali pembayaran atau memulihkan status muflis pencarum.
“Ini boleh dilakukan untuk memberi permulaan baharu pada mereka yang terkesan.
“Saya cadangkan juga diwujudkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khusus atau diamanahkan kepada agensi kerajaan contohnya seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memastikan mereka yang mempunyai hutang bank untuk penstrukturan semula hutang,” katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menyatakan kerajaan bercadang mencari alternatif bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup berbanding membenarkan pengeluaran KWSP berikutan baki simpanan majoriti pencarum adalah sangat kecil.
Tegasnya, simpanan terbabit lebih penting untuk masa depan mereka atau keperluan lain yang lebih mendesak.
Sementara itu, Aimi Zulhazmi menambah, cadangan seterusnya adalah untuk mereka yang tiada masalah hutang tetapi mengalami pengurangan pendapatan disebabkan perniagaan merosot, dipotong gaji atau kehilangan tempat bergantung akibat kematian disebabkan COVID-19 atau penyakit berkaitan dengannya.
“Kerajaan mungkin boleh menubuhkan jabatan khas di bawah agensi sedia ada untuk memperbaiki taraf kehidupan bukan sahaja dengan bantuan tunai bulanan tetapi membantu secara langsung dari aspek perniagaan atau pekerjaan yang sesuai.
“Selain itu adalah penting untuk menjadikan agensi berkenaan berkeupayaan memberi motivasi dan kaunseling dalam membantu memulihkan golongan yang terkesan akibat kegawatan ekonomi,” kata beliau.
Cadangan ketiga katanya, adalah penubuhan satu tabungan khas menerusi dana diterima daripada derma dan wakaf yang dikecualikan cukai daripada individu mahupun korporat.
“Penubuhan tabungan khas ini dapat digunakan untuk membantu perbelanjaan pemulihan seperti yang disebutkan di atas tadi,” katanya.
Sebelum ini, beberapa pengeluaran KWSP telah dibenarkan oleh kerajaan iaitu pengeluaran i-Sinar berjumlah RM10,000 pada tahun 2021 dan pengeluaran i-Lestari dengan jumlah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan, tertakluk kepada jumlah simpanan dalam Akaun 2.
Bagi i-Citra pula, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2 dengan jumlah maksimum RM5,000.
Seterusnya adalah pengeluaran khas KWSP 2.0 juga berjumlah RM10,000 pada tahun 2022 dengan amaun pengeluaran adalah minimum RM50, manakala maksimum sebanyak RM10,000, tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023
Dikhuatiri sebahagian pencarum KWSP tidak berkemampuan untuk mengeluarkan baki simpanan mereka. - Gambar hiasan/BERNAMA
Serangan Israel dari udara mengorbankan 30 rakyat Palestin
Serangan udara Israel yang dilancarkan pada Sabtu di Deir Al-Balah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan ratusan yang lain cedera. Serangan itu disasarkan pada sebuah sekolah swasta yang dijadikan tempat perlindungan rakyat Palestin yang berpindah randah mencari tempat perlindungan.
Menteri Luar Rusia adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Langsung dari Vientiane, Laos wartawan Astro AWANI Syaff Shukri membawakan perincian lawatan rasmi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Malaysia pada Ahad.
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Pusat perubatan di Khan Younis ditutup berikutan arahan pemindahan - Kementerian Kesihatan
Disebabkan peningkatan jumlah kawasan yang dipaksa dikosongkan di selatan Gaza, beberapa pusat penjagaan kesihatan utama kini tidak lagi beroperasi.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs
Tindakan sesetengah ahli politik yang sesuka hati menggunakan nama penjawat awam dalam pertikaian politik adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam.
Akaun Fleksibel: 3.4 juta ahli KWSP buat pengeluaran RM8.9 bilion - Amir Hamzah
Sebanyak 3.4 juta daripada 13.1 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun, membuat pengeluaran Akaun Fleksibel berjumlah RM8.9 bilion setakat 19 Julai lepas.
Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik
Sebelum ini, Sheikh Mohd Nasir berkata, kelab itu sudah kemukakan dokumen lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.
Anggaran awal: Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.8 peratus - DOSM
Menurut DOSM, ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannya, disokong oleh faktor domestik dan eksport.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF
Seramai 3.61 juta daripada 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel.
Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan KWSP untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.
3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel
Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.
KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama
KWSP menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.
Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion.