KUALA LUMPUR: Sebanyak 3.4 juta daripada 13.1 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun, membuat pengeluaran Akaun Fleksibel berjumlah RM8.9 bilion setakat 19 Julai lepas.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bagi tempoh sama, sejumlah 29.3 peratus atau 3.8 juta ahli KWSP memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3) dengan pemindahan berjumlah RM12.6 bilion manakala RM5.6 bilion dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Beliau berkata pindahan ke Akaun Persaraan memberi kesan kepada peningkatan simpanan ahli iaitu penambahan 43,000 ahli baharu yang mencapai simpanan asas.
"Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak memberi kesan ketara kepada KWSP kerana jangkaan jumlah pengeluaran oleh ahli dalam lingkungan alokasi (peruntukan) tunai dan pasaran wang KWSP.
"Di bawah Alokasi Aset Strategik (SAA) semasa, KWSP telah memperuntukkan pelaburan instrumen tunai dan pasaran wang sebanyak dua peratus hingga enam peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Anna Bell @ Suzieana Perian mengenai peratusan pencarum yang memilih untuk memindahkan caruman ke dalam Akaun Fleksibel KWSP dan jumlah pengeluaran berkaitan.
Menyentuh implikasi ekonomi kepada negara, Amir Hamzah berkata jangkaan awal pengeluaran Akaun Fleksibel pada tahun pertama adalah sekitar RM15 bilion atau kira-kira 0.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia untuk 2023.
"Namun begitu, kesan sebenar pengenalan Akaun Fleksibel kepada pertumbuhan KDNK akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk kecenderungan cara perbelanjaan ahli," katanya.
Pada masa sama, Amir Hamzah menegaskan penstrukturan semula akaun KWSP bertujuan menambah baik jaminan pendapatan persaraan di samping memberi akses kepada akaun fleksibel pada bila-bila masa, terutama bagi tujuan kecemasan.
"Bagaimanapun ahli KWSP dinasihatkan untuk memanfaatkan pengeluaran ini bagi tujuan kecemasan dan keperluan mendesak sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Amir Hamzah menegaskan penstrukturan semula akaun KWSP bertujuan menambah baik jaminan pendapatan persaraan di samping memberi akses kepada akaun fleksibel pada bila-bila masa, terutama bagi tujuan kecemasan.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.

Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.