Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Paya Besar di Pahang ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abdul Manan Ismail, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan memandangkan waktu terdapatnya kekosongan luar jangka itu berlaku telah melepasi tempoh kurang daripada dua tahun sebelum Parlimen dibubarkan.
"Maka kekosongan luar jangkaan itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu SPR secara bertulis akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia
Menurut Mohd Hashim, beliau telah menerima surat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut daripada Speaker Dewan Rakyat semalam.
Abdul Manan, 70, meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur Isnin lepas (12 Feb) akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2018

Menurut Mohd Hashim, beliau telah menerima surat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut daripada Speaker Dewan Rakyat semalam. - Gambar fail/BERNAMA

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.

1MDB: RM2.1 juta dipulangkan kepada parti politik, keluarga bekas Ahli Parlimen
Parti politik itu ialah Badan Perhubungan MCA Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR
Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Paya Besar di Pahang ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abdul Manan Ismail.

Awasi bekas lombong bauksit jadi perangkap maut musim tengkujuh
Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata pada pandangan mata kasar, lubang bekas bauksit itu tidak berbeza dengan kawasan lain kerana digenangi air.

MyIPO terima 42 peratus permohonan tempatan untuk harta intelek
Sebanyak 42 peratus atau 9,918 daripada keseluruhan 23,403 permohonan harta intelek diterima Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sehingga Jun lepas datangnya daripada rakyat negara ini.

Sebahagian peserta Felcra bakal terima dividen secara bulanan
Ahmad Jazlan Yaakub berkata cadangan itu masih di peringkat akhir kajian dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Kesabaran, kematangan Perdana Menteri senjata baik hadapi musuh politik
Kesabaran dan kematangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'senjata terbaik' untuk menangani tohmahan dan serangan musuh politik.