PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan memulangkan RM2.1 juta yang didakwa berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dilucut hak daripada dua parti politik serta keluarga bekas Ahli Parlimen Paya Besar Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail.
Parti politik itu ialah Badan Perhubungan MCA Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kamal Baharin Omar memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi daripada tiga perayu iaitu Badan Perhubungan MCA Pahang, PBRS dan keluarga Abdul Manan dan bersetuju untuk tidak mengemukakan bantahan terhadap rayuan mereka.
Beliau berkata wang dan faedah terakru yang dilucutkan hak oleh kerajaan akan diserahkan kepada ketiga-tiga perayu itu dalam tempoh dua bulan dari hari ini.
Peguam Datuk Ben Chan yang mewakili Badan Perhubungan MCA Pahang memberitahu mahkamah bahawa representasi anak guamnya adalah untuk AGC mempertimbangkan untuk membenarkan rayuannya.
Berikutan itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan rayuan perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Dua lagi panel hakim ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian.
Pada 2020, tiga Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM2.1 juta daripada Badan Perhubungan MCA Pahang, PBRS dan keluarga Abdul Manan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pihak pendakwaan melucut hak RM1 juta daripada PBRS, Badan Perhubungan MCA Pahang (RM835,258.19) dan Rohizah Ahmad dan enam yang lain (RM265,146.16).
Pada 30 Jan lepas, pihak pendakwaan menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucut hak wang berjumlah RM21.7 juta milik 11 entiti dan individu termasuk UMNO Pekan dan Badan Perhubungan UMNO Johor yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.
Pihak lain ialah Jakel Trading Sdn Bhd, Jakel Trading, Barisan Nasional Johor Bahru, Mediaedge CIA Malaysia Sdn Bhd, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Pengarah Strategic Engagement Media Sdn Bhd (CENSE Media) Sim Sai Hoon, AGA Touch Malaysia Sdn Bhd, Yayasan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (Yayasan PBAKM) dan bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam.
Tiga kes hari ini adalah yang terakhir daripada 41 entiti yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusaha mendapatkan semula aset yang dikatakan telah dibayar menggunakan dana 1MDB.
Dalam prosiding hari ini, peguam Avinash Kamalanathan mewakili PBRS, Chan dan Sangeetha Vasanth Kumar mewakili Badan Perhubungan MCA Pahang dan Nur Jehan Abu Bakar mewakili keluarga Abdul Manan. Turut hadir untuk pendakwaan ialah TPR Samihah Rhazali dan Nik Haslinie Hashim.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023

Kerajaan akan memulangkan RM2.1 juta yang didakwa berkaitan dengan 1MDB dan dilucut hak daripada dua parti politik serta keluarga bekas Ahli Parlimen Paya Besar Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail. -Gambar fail
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.