Penduduk yang tinggal berhampiran bekas lombong bauksit sekitar daerah ini digesa untuk lebih berhati-hati kerana kawasan itu berisiko menjadi 'perangkap maut' pada musim tengkujuh.
Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu berkata pada pandangan mata kasar, lubang bekas bauksit itu tidak berbeza dengan kawasan lain kerana digenangi air.
"Sedangkan bekas lombong itu dalam dan dikhuatiri jika ada yang terjatuh, khususnya kanak-kanak, mereka tidak dapat menyelamatkan diri kerana panik atau tidak tahu berenang," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Abdul Manan meminta ibu bapa untuk mengawasi dan menasihatkan anak-anak mereka untuk tidak menghampiri kawasan yang diketahui pernah menjadi lokasi lombong bauksit.
Beliau juga berharap pemilik tanah atau pengusaha bauksit untuk lebih bertanggungjawab kerana masih banyak lombong bauksit yang tidak dikambus semula walaupun banyak kematian akibat lemas berlaku.
Menurut Abdul Manan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah bertitah supaya bekas lombong bauksit dikambus semula, selepas insiden pada 4 Feb tahun lalu apabila tiga kanak-kanak lemas di lombong bauksit Taman Sungai Karang Jaya, di sini.
"Bagaimanapun, saya difahamkan masih banyak bekas lombong bauksit yang dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pihak menggalas tanggungjawab itu, walaupun telah dititahkan berbuat begitu," katanya.
Perkara sama disuarakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu yang meminta pemilik atau pengusaha bauksit untuk mengambil tindakan meletakkan tanda amaran di kawasan bekas lombong.
"Hendak diminta kambus sekarang memang sudah terlewat dan tidak boleh dilakukan kerana air sudah bertakung. Saya harap mereka sekurang-kurangnya boleh memasang tali amaran atau letak tanda amaran sebagai peringatan," katanya.
Andansura menambah pihak berwajib dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk mengadakan rondaan secara berkala sekitar lombong bauksit bagi memastikan tiada yang bermain di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2018
![Awasi bekas lombong bauksit jadi perangkap maut musim tengkujuh Awasi bekas lombong bauksit jadi perangkap maut musim tengkujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486311211_LombongBauksit.jpg)
Difahamkan, masih banyak bekas lombong bauksit yang dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pihak menggalas tanggungjawab mengambusnya semula, walaupun telah dititahkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berbuat begitu. - Gambar hiasan
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![1MDB: RM2.1 juta dipulangkan kepada parti politik, keluarga bekas Ahli Parlimen 1MDB: RM2.1 juta dipulangkan kepada parti politik, keluarga bekas Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646895261_MALAYSIA.jpg)
1MDB: RM2.1 juta dipulangkan kepada parti politik, keluarga bekas Ahli Parlimen
Parti politik itu ialah Badan Perhubungan MCA Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
![Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41484801869_TanjongDatu.jpg)
Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR
Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Paya Besar di Pahang ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abdul Manan Ismail.
![Awasi bekas lombong bauksit jadi perangkap maut musim tengkujuh Awasi bekas lombong bauksit jadi perangkap maut musim tengkujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486311211_LombongBauksit.jpg)
Awasi bekas lombong bauksit jadi perangkap maut musim tengkujuh
Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata pada pandangan mata kasar, lubang bekas bauksit itu tidak berbeza dengan kawasan lain kerana digenangi air.
![MyIPO terima 42 peratus permohonan tempatan untuk harta intelek MyIPO terima 42 peratus permohonan tempatan untuk harta intelek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61500357863_myipoMyIPO.jpg)
MyIPO terima 42 peratus permohonan tempatan untuk harta intelek
Sebanyak 42 peratus atau 9,918 daripada keseluruhan 23,403 permohonan harta intelek diterima Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sehingga Jun lepas datangnya daripada rakyat negara ini.
![Sebahagian peserta Felcra bakal terima dividen secara bulanan Sebahagian peserta Felcra bakal terima dividen secara bulanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41444465916_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Sebahagian peserta Felcra bakal terima dividen secara bulanan
Ahmad Jazlan Yaakub berkata cadangan itu masih di peringkat akhir kajian dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
![Kesabaran, kematangan Perdana Menteri senjata baik hadapi musuh politik Kesabaran, kematangan Perdana Menteri senjata baik hadapi musuh politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51472309998_DSNajibRazak.jpg)
Kesabaran, kematangan Perdana Menteri senjata baik hadapi musuh politik
Kesabaran dan kematangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'senjata terbaik' untuk menangani tohmahan dan serangan musuh politik.