MERSING: Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan darurat bencana kerana kejadian banjir ketika ini hanya melibatkan beberapa negeri dan daerah tertentu sahaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sudahpun melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi membantu kawasan terlibat ketika ini.
Bercakap dalam persidangan media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Politeknik Mersing, di sini hari ini, beliau berkata tindakan telah diambil bagi menyalurkan pelbagai bantuan kepada ketua isi rumah yang terlibat di kawasan yang dilanda bencana, termasuk bantuan pasca banjir.
Katanya kerajaan menerusi pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa menggembleng tenaga dan meningkatkan pengurusan serta usaha bagi membantu semua mangsa yang terlibat.
Turut sama hadir di sidang media itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan telah meluluskan serta-merta pelan jangka pendek pengurusan banjir di Mersing berjumlah RM10.5 juta bagi pembinaan tiga pam air dan rumah pam.
"Mersing amat memerlukan rumah pam sebagai langkah mencegah banjir jangka pendek. Oleh itu, saya luluskan serta-merta peruntukan RM10.5 juta bagi projek berkenaan, setiap satunya bernilai RM3.5 juta. Ia akan disalurkan menerusi peruntukan sedia ada daripada Nadma.
"Saya akan koordinasikan perkara ini dengan Menteri Besar Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Pegawai Daerah Mersing dan Jurutera Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta lain-lain agensi pelaksana," katanya, dan menambah kerajaan negeri telah memaklumkan bahawa Mersing memerlukan RM2.3 bilion bagi mengatasi masalah banjir menerusi pelan jangka panjang.
"Bagaimanapun, mereka (buat masa ini hanya) memohon peruntukan sekurang-sekurangnya RM50 juta untuk disalurkan kepada kerajaan negeri dan daerah melalui JPS, bagi pelan jangka sederhana untuk membina tebatan banjir di kawasan-kawasan rendah di daerah ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid turut melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing, dan mendengar taklimat situasi banjir di daerah itu, termasuk pelan mitigasi seperti rancangan tebatan banjir di lembangan Sungai Mersing dan Sungai Tenglu Besar yang disampaikan oleh jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Md Shahril Md Shamsudin.
Setakat ini hanya tiga negeri dilanda banjir dengan jumlah mangsa tertinggi dicatatkan di Sabah, dengan jumlahnya melebihi 2,500 diikuti Johor dan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyerahkan kit bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Politeknik Mersing hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mangsa banjir terus menurun, lebih banyak PPS ditutup malam ini
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.

Mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang daripada 1,788 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini.

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,760 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus bertambah kepada 6,760 orang setakat 8 malam ini, meningkat berbanding 6,575 orang petang tadi manakala situasi di Perlis dan Pulau Pinang bertambah baik.

Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang menunjukkan penurunan, manakala Johor tidak berubah dengan jumlah keseluruhan 278 mangsa masih berlindung di enam PPS di tiga negeri berkenaan, petang ini.

Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun, manakala situasi di Sabah kekal menjadikan jumlah mangsa malam ini sebanyak 459 orang.

Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma
Banjir di tiga negeri kian pulih dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 85 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 114 orang di lima PPS petang tadi.

Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan sedikit kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat.