KOTA KINABALU: Semua pihak terutama kerajaan tidak boleh sama sekali mengambil sikap 'relaks' dalam usaha memastikan keterjaminan makanan di negara ini terpelihara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata langkah memastikan keterjaminan makanan itu penting dalam usaha memastikan negara dan rakyat mempunyai makanan yang cukup pada harga berpatutan pada ketika dunia dijangka berdepan kemelesetan ekonomi tahun ini.
Justeru, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan mengorak langkah melibatkan semua kementerian bagi melaksana pelan sesuai dalam memelihara keterjaminan makanan malah nama kementerian berkenaan turut ditukar bagi mencerminkan kepentingan itu.
"Petumbuhan ekonomi dunia tahun ini diramal agak perlahan dan isu keterjaminan makanan kini jadi topik hangat seluruh dunia, negara seperti di Afrika menghadapi isu kekurangan makanan dengan duit tiada, ekonomi meleset akhirnya kematian berlaku akibat kekurangan makanan.
"Kita tidak boleh relaks, kita kena ambil apa yang berlaku itu sebagai cabaran sebagai manusia yang dianugerahkan akal bagaimana kita hendak menjamin bahawa makanan ada di Sabah, Malaysia dan seluruh dunia," katanya di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika berucap melancarkan Bank Bergerak Agrobank di sini yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin, Pengerusi Agrobank Datuk Yunos Abd Ghani serta Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.
Beliau berkata dalam usaha memelihara keterjaminan makanan dan pembangunan sosioekonomi komuniti, pelbagai usaha perlu dilaksanakan secara bersama bagi memastikan hasrat ini dapat dicapai.
"Kerajaan menerusi kementerian, agensi, organisasi dan rakyat perlu berganding bahu untuk merealisasikan tanggungjawab ini. Simbiosis dan sinergi pelan perancangan strategik yang kukuh perlu diadaptasi dalam perancangan setiap entiti badan kerajaan mahupun swasta," katanya.
Mengulas mengenai Bank Bergerak Agrobank, Mohamad berkata ketika ini sebanyak dua unit bank bergerak itu akan memberi perkhidmatan perbankan serta kewangan kepada penduduk sekitar Lahad Datu, Tawau dan Beaufort.
"Perkhidmatan ini adalah penting kerana penduduk dianggarkan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam dan 16 minit dengan jarak 73.8 kilometer untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan akses perbankan," katanya.
Beliau berkata Agrobank telah memperkenal inisiatif seumpama itu sejak 1970-an dikenali sebagai Bank Bergerak Bank Pertanian dan percaya perkhidmatan kewangan yang komprehensif merupakan tunjang utama untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi masyarakat terutama di luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Semua pihak terutama kerajaan tidak boleh sama sekali mengambil sikap 'relaks' dalam usaha memastikan keterjaminan makanan di negara ini terpelihara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Situasi banjir di Terengganu tidak berubah pagi ini
Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah dengan 29 mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman, setakat 8 pagi ini.
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Jumlah pemegang sijil halal pengusaha perniagaan meningkat
Setakat 10 november, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal melalui skim premis halal.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
'Piecemeal' lewat terima bayaran isu terpencil - RTM
Isu kelewatan bayaran perkhidmatan seorang pekerja sambilan (piecemeal) Jabatan Penyiaran (RTM) yang tular ketika ini di media sosial ialah isu terpencil.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan itu dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan itu dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Gudang Makanan Selangor dijangka siap tiga tahun lagi - Exco
Kerajaan Selangor menyasarkan dapat menyiapkan pembinaan Gudang Makanan Selangor dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim.
Malaysia-UAE kukuhkan komitmen hubungan dua hala
Antara yang turut dibincang adalah potensi kerjasama dalam sektor logistik dan pengurusan pelabuhan khususnya dalam penggunaan teknologi AI.
33 juta rakyat Nigeria dijangka hadapi masalah keterjaminan makanan yang teruk pada 2025
Angka ini mewakili "peningkatan mendadak 25 juta yang memerlukan bantuan hari ini," kata Chi Lael, jurucakap WFP untuk Nigeria.
Banci Pertanian 2024: DOSM temui 59,284 pegangan baharu, jumlah keseluruhan cecah 1.2 juta
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berjaya menyelesaikan Banci Pertanian 2024 dengan merekodkan penambahan 59,284 pegangan pertanian baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,256,593 kes.
KPKM tingkat peruntukan pertanian Terengganu sekali ganda
Peruntukan besar itu bagi memperkasakan agenda keterjaminan makanan negara khususnya di Terengganu.
Banci Pertanian 2024 pacu keterjaminan makanan, produktiviti dan pertanian mampan Malaysia
Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh DOSM membawa misi penting dalam meningkatkan keterjaminan makanan negara, produktiviti sektor pertanian, serta mempromosikan amalan pertanian mampan.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Blueprint Keterjaminan Makanan UPM diperkenal, pacu strategi pertanian berasaskan teknologi
Pelan tindakan dikenali sebagai Blueprint Keterjaminan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memacu strategi dan inisiatif terkini pertanian selaras perkembangan teknologi.
Keterjaminan makanan: Perak sedia usaha 11,000 tanah terbiar
Kerajaan negeri Perak akan memulakan projek tanaman padi di kawasan tanah terbiar di Kampung Kandang Hulu, Mukim Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.