BANTING: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menafikan poster yang tular, mendakwa kerajaan bersetuju dengan cadangan pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bulanan atau berkala.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata beliau telah mendapatkan kesahihan berhubung berita tersebut daripada pihak KWSP, dan ia disahkan tidak benar.
“Poster yang telah disebarkan melalui WhatsApp dan media sosial lain menyatakan seolah-olah pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk hanya membolehkan pengeluaran simpanan KWSP oleh pencarum yang berusia lebih 50 tahun, hanya secara bulanan berbanding keseluruhan seperti yang berlaku sekarang.
“Bila saya menerima mesej sebegitu, sebagai seorang menteri yang menjaga komunikasi, saya dengan segera tidak menghantar kepada orang lain kecuali kepada Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah sendiri.
“Saya menghantar mesej kepada beliau dan bertanya terus kepada tuan badan menjaga urusan KWSP.
“Beliau (Amir Hamzah) telah menyampaikan mesej kepada saya. Ini masih dalam kajian,” katanya di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kita Madani Peringkat Negeri Selangor di Bukit Changgang, di sini.
Pada Rabu lalu, Amir dilaporkan berkata KWSP tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan untuk menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun yang ketika ini adalah secara sukarela kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.
Beliau berkata, pengeluaran secara berkala itu dilihat mampu memberi peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis berkata kerajaan terbuka kepada cadangan tersebut.
Perdana Menteri menambah cadangan tersebut ketika ini berada di peringkat akhir.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu perlu diteliti dengan mengambil kira beberapa kekangan termasuk jumlah simpanan semasa pencarum KWSP.
Sementara itu, Fahmi berkata KKD telah menubuhkan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara bagi menyalurkan maklumat yang sahih dan tepat.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 adalah di Selangor.
“Satu badan sukarelawan dikenali sebagai Komuniti Madani telah ditubuhkan terdiri daripada komuniti pelbagai kaum dan ditadbir urus Jabatan Penerangan Malaysia.
“Komuniti Madani merupakan platform yang tepat untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih mengenai dasar dan inisiatif Kerajaan Perpaduan kepada rakyat secara berterusan,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Hasimi Muhamad
Sun Jul 09 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap pada Majls Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Kanchong Darat, Banting, hari ini.- Foto BERNAMA

Ketua Suruhanjaya AU desar penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.
AWANI Ringkas: Pemimpin, ahli UMNO yang tinggalkan parti diseru kembali
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

Cabang PKR Sabah sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Cabang-cabang PKR Sabah dalam mesyuarat sehingga semalam menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Pelajar perempuan Afghanistan dinafikan pendidikan mungkin lebih 4 juta menjelang 2030 - UNESCO
Sekatan yang dikenakan oleh Taliban terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan telah menjejaskan kira-kira satu setengah juta pelajar.
The Future Is Female: IWD2025 — RYTHM Foundation: Building a Better Future
On this episode of #TheFutureIsFemale Melisa Idris speaks with Datin Seri Umayal Eswaran, Chairperson of RYTHM Foundation, the corporate social responsibility arm of QI Group, about its work which focuses on education, empowerment, and the environment.

Tidak benar kerajaan setuju cadangan pengeluaran KWSP secara bulanan - Fahmi
Menteri KKD, Fahmi Fadzil berkata beliau telah mendapatkan kesahihan berhubung berita tersebut daripada pihak KWSP, dan ia disahkan tidak benar.