Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yakin tiada pengeluaran panik akan dibuat oleh pendeposit akaun Lembaga Tabung Haji (TH) walaupun hibah yang diumumkan kali ini adalah yang terendah.
Beliau berkata walaupun banyak maklum balas negatif yang diterima, pengeluaran secara panik itu tidak akan berlaku kerana sistem perkhidmatan yang digunakan oleh TH adalah antara yang terbaik di dunia.
"Sistem perkhidmatan yang dipraktik TH menjadi pilihan untuk dipelajari oleh banyak negara Islam yang lain, tetapi disebabkan oleh pengurusan terdahulu yang tidak telus, pendeposit yang terpaksa menanggung keadaan itu.
"Buat masa sekarang penjelasan demi penjelasan telah dikeluarkan oleh TH dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai isu kadar agihan hibah itu," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
BACA: Tabung Haji nafi cawangan Bachok kehabisan wang
BACA: 1.25 peratus, hibah terendah dalam sejarah Tabung Haji
Beliau menjawab persoalan sama ada akan berlaku pengeluaran panik oleh pendeposit susulan pengumuman hibah TH bagi tahun kewangan 2018 sebanyak 1.25 peratus oleh Mujahid, Jumaat lepas.
Sementara itu, Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata beliau juga yakin isu kadar agihan hibah itu tidak akan menggugat kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
"Isu itu tidak akan jejaskan PRK Rantau kerana kami akan dedahkan segala kemungkaran yang telah dibuat oleh pengurusan TH yang terdahulu supaya masyarakat tahu apa yang berlaku sebenarnya," katanya.
Dalam perkembangan lain, mengenai tindakan pihak tertentu yang menjadikan isu Statut Rom sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz berkata tindakan itu tidak akan melemahkan semangat PH sebaliknya menyatupadukan lagi parti.
"Apa juga hasrat pihak tertentu itu, mereka akan terima reaksi yang kuat daripada PH dan ini akan kuatkan lagi parti untuk terus beri sokongan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
"Sebenarnya ia perkara baik tapi buat masa ini kita tidak tandatangan, tetapi harapan saya satu hari nanti semua akan sedar perkara itu. Buat masa ini, bagi kita (kerajaan) masa untuk terangkan mengenai Statut Rom ini kepada semua orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2019

MUKHRIZ: Buat masa sekarang penjelasan demi penjelasan telah dikeluarkan oleh TH dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

TH jangka bayar hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019
Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan pembayaran hibah (dividen) lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.

Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini
Prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018.

Perdana Menteri utus surat kepada Arab Saudi mohon kuota tambahan haji
Beliau berkata bagaimanapun buat masa ini Lembaga TH masih belum menerima sebarang jawapan rasmi berkenaan keputusan daripada kerajaan Arab Saudi.

Deposit dalam TH akan diuruskan dengan lebih baik - Dr Mahathir
Beliau berkata TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan.

Kemelut Tabung Haji: Hasil idea yang bermasalah
Hakikatnya, sebelum TH ditubuhkan, orang Islam di Malaysia tidak menghadapi apa-apa masalah untuk mengerjakan haji

Mujahid ada kaedah pendekkan tempoh menunggu haji
Sebahagian daripada proses pemulihan TH demi kepentingan dan kebajikan 9.3 juta pendeposit agensi itu.

Tidak akan ada pengeluaran panik oleh pendeposit Tabung Haji - Mukhriz
Walaupun banyak maklum balas negatif yang diterima, pengeluaran secara panik itu tidak akan berlaku.

Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus - Mujahid
Kadar agihan hibah Tabung Haji bagi Tahun Kewangan 2018 ialah 1.25 peratus.

TH tak wajib beri hibah, berbeza dengan dividen - Perunding kewangan
Hibah ialah satu pemberian bersifat sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi dari liabiliti.

Kabinet bincang kewangan TH esok, hibah diumum dalam masa terdekat - PM
Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu membabitkan kedudukan kewangan TH dan perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuannya membayar hibah kepada pendeposit.