Ramai menganggap konsep pemberian hibah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sama dengan dividen dalam pelaburan lain, namun hakikatnya ia adalah dua perkara berbeza.
Hibah ialah satu pemberian bersifat sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu, berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi liabiliti.
Penjelasan berkenaan diberikan perunding kewangan, Shamsuddin Abdul Kadir, dalam temu bual bersama Astro AWANI pagi ini.
Merujuk Akta Tabung Haji 1995, beliau berkata, wujud kekeliruan dalam masyarakat yang rata-rata beranggapan hibah TH wajib diberikan setiap tahun.
"Ada rakyat yang tak faham apabila mereka menyebut, hibah ini setiap tahun ada. Sebenarnya tidak.
"Apabila disebut hibah, ia terpulang, sukarela. Nak beri berapa, ikut dialah. Kalau dividen, lain, mungkin ada pulangan, ada justifikasinya.
"Dalam kes dividen, setiap tahun yang ada keuntungan, kena bagi. Tetapi, dalam sistem Akta TH, nak bagi hibah ada peraturannya. Berlainan dari pelaburan lain," kata Shamsuddin.
Penjelasan berkenaan diberikan beliau susulan mesyuarat jemaah menteri hari ini yang akan membincangkan isu berkenaan kedudukan kewangan TH termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan semula, termasuk pembayaran hibah yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
BACA: Insya-Allah, yakin Tabung Haji dapat beri hibah seperti biasa!
Menurut Akta Tabung Haji 1995, hibah ialah hadiah yang diisytihar TH berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah, iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.
Hibah tidak wajib dibayar oleh TH dan walaupun dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan amalan tetap bagi mengelak daripada amalan tersebut dikira sebagai 'urf' (kebiasaan)
Seksyen 22 (1) akta tersebut menyatakan, TH boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.
TH juga hendaklah mendapatkan kelulusan Menteri bagi mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu
Seksyen 22 (2) pula menyatakan, iika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), TH hendaklah menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit
Hafizi Rosli
Fri Apr 05 2019

Shamsuddin berkata, wujud kekeliruan dalam masyarakat yang rata-rata beranggapan hibah TH wajib diberikan setiap tahun.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kajian semula model operasi bertujuan tambah baik tadbir urus TH - Tengku Zafrul
Kajian semula model operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan memastikan isu tadbir urus, integriti dan reputasi TH ditambah baik di masa akan datang.

TH tak wajib beri hibah, berbeza dengan dividen - Perunding kewangan
Hibah ialah satu pemberian bersifat sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi dari liabiliti.