PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa tiada saksi mata menyaksikan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 penghuni, enam tahun lepas.
Peguam Haijan Omar yang mewakili seorang remaja lelaki selaku perayu berhujah bahawa pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan ikut keadaan yang tidak kukuh bagi menyokong kes tersebut.
"Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan ikut keadaan melalui saksi pendakwaan ke-68 dan ke-69, yang melihat perayu melompat pagar memasuki pusat tahfiz berkenaan dan penemuan pemetik api," kata peguam itu yang dibantu peguam Asyraf Abu Bakar Hamzah.
Selain itu, Haijan berkata anak guamnya mengemukakan pembelaan alibi bahawa dia tidak berada dalam pusat tahfiz tersebut pada hari kejadian tetapi duduk di tangga sebelum pulang ke rumah.
"Keterangan mengenai alibi juga tidak langsung disiasat oleh pegawai penyiasat. Saya dengan rendah diri berhujah sabitan dikenakan itu tidak selamat dan mahkamah ada kuasa untuk melihat perkara ini serta membenarkan rayuan ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya How May Ling berhujah bahawa saksi pendakwaan ke-68 dan ke-69 adalah saksi mata kepada kejadian perayu melompat pagar memasuki tahfiz berkenaan.
"Saksi-saksi berkenaan dapat mengecam perayu dengan melihat gaya dan pakaiannya. Ketika kejadian panjat itu, ada cahaya lampu jalan. Mahkamah Tinggi memutuskan pengecaman dibuat saksi terbabit adalah selamat dan diyakini," katanya.
Remaja lelaki itu yang kini berusia 22 tahun merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana membunuh 23 individu dalam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan.
Pada masa sama, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja terhadap tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, panel tiga hakim diketuai Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun menetapkan 11 Mei ini untuk sambung hujahan.
Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicam, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
![Tiada saksi mata lihat kebakaran pusat tahfiz - Peguam Tiada saksi mata lihat kebakaran pusat tahfiz - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678364791_TahfizDarulQuranI.jpg)
Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa tiada saksi mata menyaksikan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 penghuni, enam tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
![Polis tahan suspek serangan arson rumah wartawan di Sumatera Utara Polis tahan suspek serangan arson rumah wartawan di Sumatera Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720446855_TBpolri.jpg)
Polis tahan suspek serangan arson rumah wartawan di Sumatera Utara
Polis Indonesia menahan dua suspek berhubung serangan arson yang mengorbankan wartawan Tribrata TV Rico Sempurna Pasaribu dan tiga ahli keluarganya pada 27 Jun di Daerah Karo.
![KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720432985_MinyakMasakPaket.jpg)
KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket
KPDN Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai 'disorokkan' di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, semalam.
![Penolong pegawai perubatan maut, nahas ambulans dengan treler Penolong pegawai perubatan maut, nahas ambulans dengan treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720447381_TBeksiden.jpg)
Penolong pegawai perubatan maut, nahas ambulans dengan treler
Seorang penolong pegawai perubatan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans swasta dan treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah, hari ini.
![Imigresen Johor tahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan Imigresen Johor tahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720449220_Imigresen.jpg)
Imigresen Johor tahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi berasingan di sekitar daerah Mersing, Batu Pahat dan Johor Bahru pada Isnin hingga Rabu lepas.
Tumpuan Selasa – 09 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (08 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wanita cedera jatuh gaung ketika turun dari puncak Gunung Korbu Wanita cedera jatuh gaung ketika turun dari puncak Gunung Korbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720448829_ipohjatuhgaung.jpg)
Wanita cedera jatuh gaung ketika turun dari puncak Gunung Korbu
Seorang wanita cedera selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter ketika menuruni Puncak Gunung Korbu di sini hari ini.
![Lelaki curi SUV di parkir valet di Kuala Lumpur ditahan Lelaki curi SUV di parkir valet di Kuala Lumpur ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695125037_NoorDellhanYahaya.jpg)
Lelaki curi SUV di parkir valet di Kuala Lumpur ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana dipercayai melarikan sebuah SUV yang ditinggalkan di bahu jalan oleh penjaga valet sebuah pusat beli-belah di Jalan P Ramlee semalam.
AWANI 7:45 [08/07/2024] - Teruja bertukar tragedi | Kapal kontena karam | Kerajaan belum terima maklumat | Dunia makin panas
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua beradik kritikal, makan keropok ada racun tikus
2. Fahaman ekstremisme menular dalam senyap, jadi bom jangka
3. 'Influencuer' maut gara-gara buli siber, penjaga rumah orang tua direman
4. Siap sedia semua, 2024 dijangka tahun paling panas dunia
1. Dua beradik kritikal, makan keropok ada racun tikus
2. Fahaman ekstremisme menular dalam senyap, jadi bom jangka
3. 'Influencuer' maut gara-gara buli siber, penjaga rumah orang tua direman
4. Siap sedia semua, 2024 dijangka tahun paling panas dunia
![Tze Liang gagal dapat slot tambahan untuk Olimpik Paris 2024 Tze Liang gagal dapat slot tambahan untuk Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669454691_OoiTzeLiang.jpg)
Tze Liang gagal dapat slot tambahan untuk Olimpik Paris 2024
Harapan penerjun negara Ooi Tze Liang untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian selepas kem terjun negara gagal memperoleh slot tambahan daripada Akuatik Dunia.
![Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh
Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qura
![Tarikh keputusan terhadap rayuan remaja dalam kes kebakaran tahfiz ditunda ke 11 Sept Tarikh keputusan terhadap rayuan remaja dalam kes kebakaran tahfiz ditunda ke 11 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689053804_courtgavelmahkam.jpg)
Tarikh keputusan terhadap rayuan remaja dalam kes kebakaran tahfiz ditunda ke 11 Sept
Tarikh bagi Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan oleh seorang remaja yang didapati bersalah kerana membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran pada tahun 2017 ditunda.
![Keputusan rayuan remaja bunuh penghuni pusat tahfiz pada 14 Julai Keputusan rayuan remaja bunuh penghuni pusat tahfiz pada 14 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/61506581234_Kebakaran.jpg)
Keputusan rayuan remaja bunuh penghuni pusat tahfiz pada 14 Julai
Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Julai untuk menyampaikan keputusannya terhadap rayuan seorang remaja yang didapati bersalah membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
![Tiada saksi mata lihat kebakaran pusat tahfiz - Peguam Tiada saksi mata lihat kebakaran pusat tahfiz - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678364791_TahfizDarulQuranI.jpg)
Tiada saksi mata lihat kebakaran pusat tahfiz - Peguam
Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa tiada saksi mata menyaksikan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 penghuni, enam tahun lepas.
![Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023 Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672203192_950x600.jpg)
Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023
Remaja itu yang kini berusia 21 tahun, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara.
![Pasca 3 tahun Ittifaqiyah: Sejauh mana kita menginsafi tragedi tersebut? Pasca 3 tahun Ittifaqiyah: Sejauh mana kita menginsafi tragedi tersebut?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600040197_tahfiz.jpg)
Pasca 3 tahun Ittifaqiyah: Sejauh mana kita menginsafi tragedi tersebut?
Sekalipun tragedi ini mengundang rasa amarah ramai orang, namun kita tidak dapat nafikan betapa ia telah menjadi asbab kepada perlaksanaan beberapa inisiatif dan langkah drastik oleh pihak berkaitan.
![Remaja dihukum penjara kerana membunuh 23 individu di pusat tahfiz, failkan rayuan Remaja dihukum penjara kerana membunuh 23 individu di pusat tahfiz, failkan rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598265452_tahfiz.jpg)
Remaja dihukum penjara kerana membunuh 23 individu di pusat tahfiz, failkan rayuan
Satu notis rayuan difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos itu menerusi sistem e-filing sehari selepas mahkamah membuat keputusan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597675473_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 17 Ogos 2020.
![Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597650707_tahfiz.jpg)
Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505367034_Kebakaran.jpg)
Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30 petang.