PUTRAJAYA: Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017 yang mengorbankan 23 nyawa.
Peguam Haijan Omar yang mewakili pemuda berusia 22 tahun itu ketika dihubungi Bernama berkata notis rayuan difailkan pada 21 Sept lepas.
Pada 11 Sept lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan pemuda itu dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara.
Hakim Che Mohd Ruzima yang menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi dalam memutuskan bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah kukuh dan menjurus kepada satu arah iaitu pemuda (PKK1) bersama seorang lagi yang tidak dikenali, memanjat pagar belakang sekolah untuk memulakan kebakaran yang menyebabkan 23 orang terkorban.
Panel yang sama turut menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan seorang lagi pemuda (PKK2), juga berumur 22 tahun, daripada tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri.
Bagaimanapun, difahamkan tiada notis rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap pembebasan PKK2 atas kesalahan itu. Tarikh akhir untuk memfailkan notis rayuan pada Isnin lepas (25 Sept).
Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati PKK1 bersalah atas kesalahan membunuh dan memerintahkan beliau ditahan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi membebaskan PKK2 daripada tuduhan membunuh.
Mengikut pertuduhan, pemuda yang berusia 16 tahun ketika kejadian itu bersama seorang lagi individu yang tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017 yang mengorbankan 23 nyawa
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.