PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Julai ini untuk menyampaikan keputusannya terhadap rayuan seorang remaja yang didapati bersalah membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun juga akan memberi keputusan pada hari yang sama berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan seorang lagi remaja bagi pertuduhan itu tanpa mengarahkannya membela diri.
Abu Bakar yang mengetuai panel itu berkata mereka tidak bersedia untuk memberikan keputusan itu hari ini kerana perlu meneliti penghujahan lisan dan bertulis yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.
Sebelum itu, panel mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya How May Ling dan peguam Haijan Omar berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan remaja kedua, berusia 22 tahun, atas kesalahan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Rayuan remaja pertama terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang mendapatinya bersalah terhadap kesalahan itu dan memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang-di-Pertuan Agong, didengar pada 9 Mac lepas.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu ketika kejadian, bersama seorang lagi individu tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang yang menghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.
Terdahulu, semasa prosiding hari ini, How dalam hujahnya menggesa mahkamah supaya memerintahkan remaja kedua membela diri atas pertuduhan itu.
Beliau berkata adalah mustahil bagi seorang individu menyebabkan kebakaran di sekolah itu kerana terdapat dua tong gas seberat 14 kilogram (kg) setiap satu dibawa dari tingkat bawah sekolah ke tingkat dua melalui tangga.
Beliau berkata satu tong gas diletakkan secara melintang di pintu manakala satu lagi secara menegak dan petrol disimbah ke pintu serta api dinyalakan.
"Mustahil untuk seorang (melakukannya), ia dilakukan oleh dua orang," katanya sambil menambah bahawa secara fizikal orang kedua ialah responden (remaja kedua).
Beliau berkata bukti mengikut keadaan menunjukkan terdapat empat individu iaitu remaja pertama dan kedua serta dua lagi lelaki yang bersaudara dilihat di belakang sekolah tahfiz itu.
How berkata remaja pertama dan seorang lagi individu tidak dikenali telah memasuki pusat tahfiz dengan memanjat pagar belakang pusat berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan susuk tubuh remaja kedua yang bertubuh kecil dan kurus, remaja kedua mampu melalui celah kecil pagar dawai duri untuk masuk ke perkarangan sekolah berbanding dua beradik yang gempal.
Sementara itu, Haijan yang mewakili kedua-dua remaja itu berkata tiada pengecaman positif bahawa remaja kedua itu telah memasuki sekolah tersebut, dan menambah mereka tidak boleh mengetepikan bahawa dua beradik itu memasuki sekolah tersebut.
Beliau berkata tiada bukti menunjukkan remaja kedua terbabit dalam jenayah itu dan remaja itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Rayuan remaja pertama terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang mendapatinya bersalah dan memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang-di-Pertuan Agong, didengar pada 9 Mac lepas. - Fail Astro AWANI

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Rayuan pemuda disabitkan kesalahan bunuh dalam kebakaran pusat tahfiz didengar 21 Feb
Ia berhubung sabitan kesalahan membunuh 23 orang dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.

Keputusan rayuan remaja bunuh penghuni pusat tahfiz pada 14 Julai
Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Julai untuk menyampaikan keputusannya terhadap rayuan seorang remaja yang didapati bersalah membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.