KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan struktural kepada Rukun Negara, Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata ini kerana, kesemua cita-cita dan prinsip sedia ada telah mencukupi bagi melahirkan rakyat Malaysia yang penuh jati diri dan patriotik.
"Bagi menterjemahkan roh dan semangat Rukun Negara, Jemaah Menteri pada 25 Jul 2023 telah memutuskan supaya lafaz ikrar Rukun Negara kini dibaca penuh bermula dengan mukadimah, diikuti lima prinsip Rukun Negara di semua peringkat sekolah dan program rasmi kerajaan di seluruh negara, sebagai usaha menyemai taat setia dan rasa cintakan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Aaron berkata pada persidangan Dewan Rakyat kali ini juga, buat julung kalinya lafaz ikrar Rukun Negara telah dilaksanakan menunjukkan komitmen kementeriannya meningkatkan penghayatan Rukun Negara, serta menjadikan Ahli Parlimen sebagai teladan kepada generasi muda.
"Usaha ini akan diteruskan di peringkat Dewan Negara dan kementerian juga bercadang agar pelaksanaan ini turut diperluas kepada semua Dewan Undangan Negeri dengan kerjasama kerajaan negeri," katanya.
Dalam pada itu Aaron berkata Kementerian Perpaduan Negara telah bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi pelaksanaan aktiviti perpaduan melalui sukan dengan tema 'Sukan Menyatukan Kita'.
"Pada tahun 2023, melalui Geran Padanan Sukan, kementerian telah meluluskan geran padanan sebanyak RM8,864,409.00 bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti sukan perpaduan.
Melalui inisiatif itu juga Aaron berkata kementerian telah menganjurkan Liga Sukan Uniti melibatkan empat acara iaitu futsal, bola jaring, badminton serta bola keranjang dan program itu telah berjaya melibatkan penyertaan seramai lebih 15,000 rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Aaron Ago berkata, kesemua cita-cita dan prinsip sedia ada telah mencukupi bagi melahirkan rakyat Malaysia yang penuh jati diri dan patriotik. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.

Rukun Negara penting dihayati perkukuh perpaduan negara - Ahli akademik
Rukun Negara memainkan peranan penting dalam memartabatkan perpaduan serta memastikan keamanan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Sambutan Minggu Perpaduan 2024: Belia perlu terap prinsip Rukun Negara sebagai asas
Usaha pelbagai kementerian dan agensi akan digerakkan dengan lebih giat untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Syor Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan diteliti - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan meneliti cadangan menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan.

Amalkan prinsip Rukun Negara utuhkan perpaduan negara
Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar
Terdapat banyak persamaan seperti penekanan terhadap nilai perpaduan, keadilan, kemampanan dan kebijaksanaan dalam pembentukan insaniah.

Bapa Rukun Negara, Agoes Salim tiada lagi
Pakar ekonomi dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang pertama di Malaysia, Dr Agoes Salim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.

Tiada rancangan ubah struktur Rukun Negara - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan struktural kepada Rukun Negara, Dewan Rakyat diberitahu.

Hentikan tafsiran salah frasa 'liberal' dalam cita-cita Rukun Negara - Menteri Perpaduan
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menggesa semua pihak supaya menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa 'liberal' yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara.