KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan meneliti cadangan menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata cadangan itu dilihat bersesuaian memandangkan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Kedua-dua ini boleh kita integrasikan dalam satu dokumen, sebab Dasar Perpaduan Negara yang dibuat mengambil kira semua elemen Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara.
"Perkara ini masih dalam perbincangan, kita sudah uar-uarkan kepada kerajaan. Jadi, selepas ini satu jawatankuasa akan dibentuk bersama bahagian hal ehwal undang-undang untuk membincangkan perkara tersebut," katanya selepas merasmikan Program Kepimpinan Tun Razak 2024 anjuran Yayasan Tun Razak di sini hari ini.
Sebanyak 75 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh negara menyertai kem kepimpinan kali ke-29 itu dari 5-19 Mei di Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi, bertujuan mencungkil bakat dan menggilap potensi generasi muda sebagai pemimpin serta profesional masa depan.
Dalam pada itu, Aaron berharap lebih banyak program sedemikian akan diadakan dalam melahirkan pemimpin hebat pada masa depan.
"Seperti di KPN kita ada banyak program kepimpinan di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman dan Yayasan Siswa untuk kita beri pendidikan kepimpinan kepada anak muda.
"Program seperti ini perlu sebab kita bukan sahaja mahu lahirkan pelajar yang hebat dalam bidang akademik tetapi juga bakat kepimpinan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Program Kempimpinan Yayasan Tun Razak hari ini. - Foto Bernama

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

KPN salur peruntukan bagi gerak kerja pascabanjir
KPN akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.

Kementerian Perpaduan Negara cadang pinda Akta Rukun Tetangga
Langkah membuat semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 sejajar dengan cabaran serta keperluan semasa.

Sekolah vernakular kini jadi tarikan, suburkan perpaduan - Menteri Perpaduan
Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini merupakan trend yang menarik dalam konteks perpaduan dalam negara.

Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique
Datuk Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat yang beliau tidak dipanggil SPRM berhubung siasatan isu MITRA.

PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.

Ahli politik harus berhenti manipulasi sentimen perkauman - Sivamurugan Pandian
Perkara itu terbukti seperti Tragedi Mei 1969, rusuhan kaum Kampung Rawa dan Kampung Medan, yang terus jadi titik hitam dalam sejarah negara.

Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.